Jefri Nichol Jadi Pekerja Kilang Kondom Di Pontian, Netizen Tehibur – “Susah Betul Nak Periksa Ada Lubang Atau Tak”

LocalEntertainment
14 Jan 2026 • 12:10 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon terkenal Indonesia, Jefri Nichol, mencuri perhatian netizen Malaysia selepas berkongsi momen keberadaannya di Pontian menerusi media sosial.

Menerusi video dan foto yang dimuat naik di Instagram Story miliknya, Jefri dilihat melawat sebuah kilang pembuatan kondom di mana beliau bertindak sebagai duta bagi jenama produk tersebut.

Advertisement

image is not available

Pelakon filem Ali Topan itu turut berkongsi pengalaman apabila mencuba sendiri tugasan sebagai salah seorang pekerja kilang, termasuk memeriksa kualiti kondom yang dihasilkan.

“Ternyata susah untuk menguji sama ada terdapat lubang pada setiap kondom yang dihasilkan. Harus diuji satu persatu. Setiap pekerja harus menguji 12,000 kondom dalam satu ‘shift’. Ada tiga ‘shift’ dalam sehari,” tulisnya.

Selain berkongsi pengalamannya di kilang tersebut, Jefri yang juga bekas kekasih kepada Ameera Khan turut memuat naik foto membeli durian di tepi jalan, sekali gus menambah keterujaan peminat tempatan.

Menjengah ke ruangan komen dan perkongsian semula peminat, rata-rata netizen terkejut melihat kehadiran aktor sensasi itu di Pontian. Malah, ada yang berseloroh memintanya mencuba makanan tempatan seperti burasak.

Tidak kurang juga netizen yang baru mengetahui kewujudan kilang pembuatan kondom di negeri selatan tanah air itu.

“Walaupun aku orang Johor tapi aku baru tahu di Johor ada kilang kondom. Terima kasih Jefri,” komen netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2026-01-14 11:36:09

David Teo Kongsi Foto Bersama Uqasha Senrose & Aliff Aziz, Digandingkan Di Dalam Drama Terbaru 'Madu Atau Racun'

 

The post Jefri Nichol Jadi Pekerja Kilang Kondom Di Pontian, Netizen Tehibur – “Susah Betul Nak Periksa Ada Lubang Atau Tak” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.