Jefri Nichol Minta Bantu Terjemah, Pelik Dihujani Komen Dialek Kelantan

EntertainmentLifestyle
6 Apr 2026 • 4:41 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Aktor Indonesia, Jefri Nichol mencuri perhatian apabila meluahkan rasa pelik selepas hantaran media sosialnya dibanjiri komen dalam dialek Kelantan daripada netizen Malaysia.

Tak faham dialek Kelantan

Menerusi hantaran yang dikongsikan di TikTok, dia menyatakan dirinya tidak memahami maksud komen tersebut dan tampil meminta bantuan orang ramai untuk menterjemahkannya.

“Dalam hantaran ini, juga ramai orang Malaysia komen.
“Ada yang boleh bantu terjemahkan?” tulisnya.

image is not available

 

Situasi itu berlaku selepas foto yang diambil di hadapan cermin menerima pelbagai komen, termasuk usikan nakal berkaitan hubungan cintanya dengan pempengaruh media sosial, Ameera Khan sebelum ini.

Jepri, bakpo gambar bayange celoh kekeng pulok huk aloh pening bebi.
“Bebi nok cari orey hok panda makey budu nge ikey singgey bukey jate hok makey nasik ayey penyekk supo mung ni.
“Itulah Jepri, mu wak hal lagi ngan sek Kelate, abis belaka sek Kelate mari,” usik netizen.

image is not available

Posting dengan ibu pun jadi perhatian

Sebelum itu, Jefri turut mempersoalkan tindakan netizen Malaysia yang ‘berkumpul’ dalam satu hantaran lain ketika dia berkongsi video dan foto bersama ibunya.

image is not available

Tak kisah bergurau, tapi jangan sentuh ibu

Susulan daripada itu, seorang pengguna media sosial telah menjelaskan maksud disebalik komen-komen nakal dari Malaysia yang menggunakan dialek Kelantan memandang pelakon tersebut pernah menjalinkan hubungan cinta dengan pempengaruh, Ameera Khan yang juga adik kepada selebriti terkenal, Neelofa.

image is not available

Jefri memaklumkan dia sama sekali tidak bermasalah dengan gurauan-gurauan tersebut kerana menganggap ianya lucu, namun kurang selesa jika melibatkan ibunya.

image is not available

 

Pada November tahun lalu, hubungan mereka didakwa berakhir selepas kedua-duanya memadam foto bersama serta tidak lagi saling mengikuti akaun Instagram masing-masing.

Sumber: Threads jefrinichol

The post Jefri Nichol Minta Bantu Terjemah, Pelik Dihujani Komen Dialek Kelantan appeared first on Borak Daily.