Jejambat Batu 7 Kuching-Serian Dibuka Sepenuhnya Bermula Hari Ini

25 Jul 2022 • 3:58 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Jejambat Batu 7 Sudah dibuka sepenuhnya untuk orang ramai.

Jejambat Batu 7 Kuching-Serian Dibuka Sepenuhnya Bermula Hari Ini. Dilaporkan, Jejambat Batu 7 Seksyen Kuching-Serian Road (KSR) WPC02 projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak kini telah dibuka sepenuhnya untuk kegunaan orang ramai.

Perkongsian daripada Facebook Unit Lebuhraya Pan Borneo JKR Sarawak mengatakan bahawa kedua-dua laluan Jejambat Batu 7 (Kuching-Serian dan Serian-Kuching) dibuka pada jam 10 pagi hari ini.

image is not available
Jejambat Batu 7 Kuching-Serian Dibuka Sepenuhnya Bermula Hari Ini

Salah satu daripada empat projek jejambat

Jejambat Batu 7 ini merupakan salah satu daripada empat projek jejambat di sepanjang Jalan Kuching-Serian bawah projek Lebuhraya Pan Borneo.

Tiga jejambat lain ialah Jejambat Batu 4, Jejambat Batu 6 dan Jejambat Batu 10 dan keempat-empat projek jejambat ini bernilai RM 352,966,210.

Sempena pembukaan sepenuhnya Jejambat Batu 7 ini, dinasihatkan agar orang ramai sentiada memandu dengan berhemah dan mematuhi peraturan jalan raya yang telah disediakan.

Pandu secara cermat agar jiwa selamat!

Sebelum ini, hanya satu laluan Jejambat Batu 7 sahaja dibuka:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved