Jejambat di lebuh raya di Philadelphia runtuh selepas lori terbakar

12 Jun 2023 • 11:18 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

NEW YORK: Sebahagian daripada jejambat di lebuh raya yang sibuk di Philadelphia di Pennsylvania, Amerika Syarikat roboh selepas sebuah lori tangki yang membawa petrol terbakar di bawah jejambat itu, lapor Xinhua pada Isnin.

Gabenor Pennsylvania Josh Shapiro berkata tiada kecederaan dilaporkan setakat ini dan pihak berkuasa sedang berusaha untuk mengenal pasti mana-mana individu yang mungkin telah terperangkap dalam kejadian itu.

Beliau berkata bahagian utara lebuh raya itu runtuh sepenuhnya, manakala lorong arah selatan tidak selamat untuk digunakan dan akan mengambil masa “beberapa bulan” untuk baik pulih.

Lalu lintas di kedua-dua arah lebuh raya itu ditutup. Klip video menunjukkan kenderaan kecemasan berkumpul di sekitar jejantas yang runtuh itu.

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan berkata pihaknya akan menghantar pasukan untuk menyiasat punca kejadian itu. -Bernama