Jelajah dunia akhir, Pearly-Thinaah tewas aksi pembukaan

11 Dec 2024 • 3:40 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 11 DIS: Beregu wanita utama negara Pearly Tan-M. Thinaah tewas dalam aksi pembukaan kumpulan A kempen Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badmnton Dunia (BWF) di Hangzhou, China hari ini.

Pearly-Thinaah tewas kepada gandingan keempat dunia dari Jepun Nami Matsuyama-Chiharu Shida 21-13, 17-21, 18-21 dalam aksi yang berlangsung selama 74 minit

Gandingan negara yang menghuni ranking keenam dunia itu akan meneruskan perjuangan menentang pasangan India Treesa Jolly-Gayatri Gopichand Pullela pada aksi kedua peringkat kumpulan.

Dalam satu lagi aksi kumpulan A, pasangan nombor satu dunia dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning dipaksa bekerja keras sebelum menewaskan Treesa-Gayathri 20-22, 22-20, 21-14 dalam tempoh 82 minit.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved