Jelajah Konsert Dua Lipa Bermula di Asia Bulan Ini – Aktivasi Barangan Eksklusif Diumumkan

WorldEntertainment
6 Nov 2024 • 4:01 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Jelajah Konsert Dua Lipa Bermula di Asia Bulan Ini – Aktivasi Barangan Eksklusif Diumumkan

Kuala Lumpur, 6 November 2024 – Pemenang 3x GRAMMY dan 7x BRIT Award, bintang pop global Dua Lipa, akan memulakan jelajah Radical Optimism World Tour yang dinanti-nantikan, dengan 12 persembahan di lapan bandar di Asia dalam beberapa minggu akan datang. Bersempena dengan jelajah ini, peminat boleh menantikan siri aktivasi jualan barangan eksklusif.

Di setiap aktivasi, peminat akan berpeluang mendapatkan koleksi barangan jelajah yang direka khas dan tidak dijual di konsert, dengan akses eksklusif dan tawaran istimewa untuk pemegang kad kredit American Express. Tambahan pula, peminat di Singapura, Seoul, dan Tokyo boleh membeli kasut Puma Speedcat edisi terhad.

image is not available

Jelajah ini akan bermula pada 5 November di Singapura, diikuti dengan persinggahan di bandar utama termasuk Jakarta, Manila, Tokyo, Taipei, Kuala Lumpur, Bangkok, dan Seoul. Sila lihat senarai penuh tarikh jelajah AsiaRadical Optimism World Tour Dua Lipa” di bawah. Untuk maklumat lanjut mengenai tiket dan aktivasi, sila layari www.dualipa.com/tour.