Jelajah Mega HARAPAN di padang MPAJ Taman Keramat pada Rabu

14 Nov 2022 • 8:20 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 14 NOV: Pakatan Harapan (HARAPAN) akan mengadakan jelajah mega Selangor di padang MPAJ, AU2 Taman Keramat pada 16 November, jam 8 malam.

Program anjuran Biro Mobilasi HARAPAN dengan slogan rasmi Kita Boleh bakal disertai pemimpin tertinggi gabungan pelbagai parti itu.

Antara yang dijadual hadir ialah pengerusinya Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke.

Majlis turut disertai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari dan Timbalan Presiden KEADILAN Rafizi Ramli.

Orang ramai boleh juga menonton siaran langsung program berkenaan di Facebook Pakatan Harapan

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved