Jelajah Peduli Ummah MAPIM : Menghidupkan Semangat Keprihatinan di Pantai Dalam

LocalPolitics
10 Dec 2024 • 3:13 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

Pantai Dalam, 8 Disember – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) telah menganjurkan program Jelajah Peduli Ummah 2024 bertempat di IWK Eco Park, Pantai Dalam. Bertemakan Ummah Bantu Ummah, program ini berjaya menyatukan masyarakat melalui pelbagai aktiviti kebajikan dan kemanusiaan.

image is not available

image is not available

Program ini dihadiri lebih 7,000 penerima manfaat, termasuk penyediaan food pack, pemeriksaan kesihatan, dan makanan percuma. Mobile Kitchen menyediakan 1,000 makanan panas, manakala Kenduri Rakyat meraikan 700 orang. Mobile Clinic pula memberi khidmat kesihatan kepada 130 penduduk.

image is not available

image is not available

image is not available

Ziarah Peduli Ummah ke kawasan seperti PPR Sri Cempaka, PPR Sri Pantai, PPR Kerinchi, dan PPR Kampung Limau turut memberi manfaat kepada ramai penduduk. Inisiatif mengecat rumah melibatkan empat keluarga memerlukan, sementara Peduli Ummah Walk sejauh tiga kilometer disertai 100 peserta untuk memupuk perpaduan komuniti.

image is not available

Kanak-kanak istimewa turut disantuni dalam program ini, dengan 39 anak syurga menerima perhatian khusus. Pertandingan mewarna dan sukaneka pula melibatkan 100 peserta kanak-kanak. Aktiviti lain termasuk jualan Rahmah dan e-games, menjadikan suasana lebih meriah.

image is not available

Solat Subuh berjemaah di Masjid Ikhlasiah turut diadakan sebagai simbolik kebersamaan, diikuti rangkaian aktiviti sepanjang hari yang menyemarakkan semangat komuniti.

image is not available

Program ini mendapat sokongan rakan strategik, termasuk ZUS Coffee yang menyumbang bantuan kepada golongan asnaf dan turut menyertai aktiviti bersama masyarakat. Usaha ini memperlihatkan komitmen syarikat korporat dalam menjayakan agenda kebajikan.

image is not available

Program ini dirasmikan oleh Menteri Komunikasi merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan penghargaan kepada MAPIM dan rakan strategik seperti ZUS Coffee atas usaha bersama ini yang memberi manfaat besar kepada komuniti.

image is not available

Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM, Dato’ (Dr.) Sani Araby, menyatakan program ini melambangkan solidariti masyarakat untuk membantu sesama insan. Beliau turut menyeru sokongan masyarakat terhadap inisiatif MAPIM yang juga membantu mangsa banjir di negeri-negeri yang dilanda banjir.

MAPIM mengalu-alukan sokongan orang ramai untuk terus menjayakan program ini, yang diharapkan dapat memperkukuhkan perpaduan serta mengukuhkan semangat bantu-membantu dalam komuniti.