ZUS Coffee: Korporat Bersama Komuniti di Jelajah Peduli Ummah MAPIM 

LocalBusiness & Finance
10 Dec 2024 • 3:19 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

Pantai Dalam, 8 Disember – ZUS Coffee menunjukkan komitmen tinggi dalam tanggungjawab sosial korporat dengan menyertai program kebajikan Jelajah Peduli Ummah anjuran MAPIM Malaysia. Program ini yang berlangsung di IWK Eco Park, Pantai Dalam, memberi manfaat kepada lebih 7,000 penerima daripada pelbagai lapisan masyarakat.

image is not available

Sebagai rakan strategik, ZUS Coffee memainkan peranan penting dalam menjayakan beberapa aktiviti utama program. Selain menyumbang bantuan kepada golongan asnaf, ZUS Coffee turut melibatkan diri secara langsung dalam pelbagai aktiviti komuniti seperti edaran food pack, kenduri rakyat, dan ziarah ke beberapa lokasi seperti PPR Sri Cempaka, PPR Sri Pantai, PPR Kerinchi, dan PPR Kampung Limau.

image is not available

Menurut wakil ZUS Coffee, penglibatan dalam program ini selaras dengan nilai syarikat yang mahu mendekati komuniti dan menyokong usaha kebajikan secara berterusan. “Kami percaya dalam membantu komuniti, tanggungjawab sosial perlu menjadi keutamaan bagi semua pihak. Kerjasama ini membuktikan keupayaan pelbagai pihak untuk bersama-sama membawa perubahan positif,” katanya.

image is not available

Program yang bertemakan Ummah Bantu Ummah ini turut menyajikan pelbagai aktiviti seperti Mobile Kitchen yang menyediakan 1,000 makanan panas, pemeriksaan kesihatan percuma melalui Mobile Clinic, dan aktiviti khas untuk kanak-kanak termasuk pertandingan mewarna dan sukaneka.

Perasmian program disempurnakan oleh Menteri Komunikasi dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil. Dalam ucapannya, beliau memuji usaha ZUS Coffee sebagai model terbaik penglibatan sektor korporat dalam usaha kebajikan.

image is not available

Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM, Dato’ (Dr.) Sani Araby, juga menyambut baik kerjasama dengan ZUS Coffee dan menyeru lebih banyak pihak korporat untuk menyokong inisiatif seumpama ini. “Usaha bersama ini bukan sahaja membawa manfaat kepada masyarakat tetapi juga memperkukuhkan semangat perpaduan di kalangan kita,” katanya.

Penyertaan ZUS Coffee dalam Jelajah Peduli Ummah 2024 menjadi bukti kukuh bahawa tanggungjawab sosial korporat mampu memberi impak besar kepada komuniti. Langkah ini diharap dapat dicontohi oleh lebih banyak syarikat di Malaysia.