“Jelas Ada Unsur Untuk Normalisasi Budaya Barat”-Lagu Popular APT Dikritik

EntertainmentOpinion
24 Oct 2024 • 7:32 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Jika kita buka media sosial sekarang, pasti kita akan kerap terdengar lagu terbaru daripada Rosé dan Bruno Mars bertajuk APT yang terkenal dengan verse catchy ‘apateu, apateu’.

Setakat hari ini, muzik video rasmi lagu APT itu telah meraih 100 juta tontonan dalam masa enam hari sahaja. Sejak ianya dimuat naik di platform Youtube pada 18 Oktober 2024.

image is not available

Tetapi ada sesuatu yang tak kena dengan lagu APT ini rupanya…

Berdasarkan perkongsian oleh Public Health Malaysia (PHM), mereka mendakwa lagu ini secara terang-terangan mengajak kepada gaya hidup yang tidak sihat dan menormalisasi budaya barat.

Sedia kita maklum, budaya barat sangat terkenal dengan keterbukaan mereka terhadap kehidupan sosial yang jelas berbeza dengan norma budaya masyarakat timur.

Antara bait lirik Rosé nyanyikan “Kissy face, kissy face / Sent to your phone, but / I’m tryna kiss your lips for real.”

Bruno Mars pula “Turn this apateu into a club / I’m talkin’ drink, dance, sm*ke, freak, party all night.”

image is not available

Penggunaan istilah ‘APT’ atau ‘apartment’ juga adalah simbolik untuk tempat pertemuan dalam konteks menggoda. Jelas ini memperlihatkan normalisasi terhadap tingkah laku yang bertentangan dengan nilai-nilai budaya timur.-Katanya

image is not available

PHM yang terkenal sebagai platform mempromosi kesihatan awam itu berkata, yang membimbangkan ialah bagaimana lagu ini sering digunakan sebagai muzik latar dalam media sosial.

PHM juga risau, anak-anak kita mungkin menghafal lirik ini tanpa menyedari mesej yang disampaikan.

Niat PHM sebenarnya baik…

image is not available

Bagi pihak PHM mereka melihat pengaruh budaya barat semakin mula diterima tanpa tapisan. PHM juga memohon para ibubapa, pendidik, dan masyarakat untuk lebih berhati-hati dan peka terhadap isu ini.

Dalam pada masa yang sama, PHM tidak menafikan mungkin ada interpretasi lain mengenai lagu ini yang akan dipertahankan oleh peminat.

#Ohmedianasihat

Sebenarnya tak salah untuk kita nak mendengar apa sahaja jenis muzik atau pun lagu. Tetapi sebagai pendengar dan masyarakat yang prihatin, kita perlu bersikap bijak dalam menilai mesej yang ingin disampaikan.

Jika ada unsur yang boleh memberi kesan dan pengaruh yang buruk, maka kita harus elakkan sehabisnya. Jika tiada, tidak ada masalah.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: – Facebook Public Health Malaysia