“Jelas kerisauan di wajah” – Netizen Kesian Tengok Nurse Naik Sampan Redah Sungai Sampai Baju Kotor

Entertainment
1 Dec 2023 • 12:27 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bila kita perhatikan pekerjaan seseorang itu, kita akan rasa kagum sebab nampak macam seronok, namun ada satu sudut lain yang mungkin orang lain tak nampak dimana cabaran yang perlu ditempuhi itu agak sukar dan mungkin jauh lebih teruk daripada kita bayangkan.

Misalnya macam seorang jururawat dari Sabah ini, video yang telah meraih lebih daripada 700K dalam masa 15 jam tersebut memperlihatkan nurse yang berpakaian lengkap serba putih struggling untuk menaiki sampan.

Bagaimanapun, ketika dia menaiki sampan tersebut, seluarnya terkena lopak, difahamkan nurse ini mahu melawat rumah ibu bersalin dan terpaksa meredah sungai dengan menaiki sampan kayu.

Dalam rakaman tersebut, jelas kelihatan riak wajahnya seperti kerisauan, tapi dia tetap komited dalam menggalas tanggungjawabnya untuk ke rumah pesakit.

@sabah_info

Berilah kekuatan kepada para jururawat yang bertugas di pedalaman sabah ” . . Uniform kotor dan risiko bahaya bukan penghalang mereka menyeberang sungai demi tugas melawat kelahiran ibu dan bayi. Bukalah mata semua pemimpin di atas _ Maslin Mas

♬ Instrumen Sholawat Sedih – Yuda pratama

 

Melihat keadaan seluarnya yang terkena lopak, ramai netizen bersimpati dengan nasib nurse ini, Malah, ada yang berharap agar mereka ini diberikan kelonggaran untuk memakai baju biasa jika menghadapi situasi begini selain memuji kesabaran jururawat ini dalam menjalankan tugas.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Kami doakan semoga nurse ni dimurahkan rezeki dan sentiasa diberkati Allah.

Sumber : TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.