Jemaah Malaysia Meninggal Dunia Di Tanah Suci Akibat Serangan Jantung

LocalHealth & Fitness
19 May 2025 • 6:42 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Jemaah Malaysia Meninggal Dunia Di Tanah Suci Akibat Serangan Jantung

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) — Seorang jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci pagi ini akibat serangan jantung, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Beliau berkata Abdullah Mat, 59, dari Pasir Mas, Kelantan, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Jiwar, Jabal Qamar, Makkah.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solihin. Al-Fatihah,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata Abdullah merupakan jemaah dari Maktab 89A yang menginap di Hotel Abraj al Janadriyah.

Mohd Na’im berkata sepanjang perjalanan haji, Allahyarham ditemani isterinya Sarifah Hassan.

Tabung Haji akan menguruskan pelaksanaan badal haji untuk Allahyarham serta menyempurnakan semua urusan berkaitan dengan sebaiknya, katanya.

Sumber: BERNAMA