Jemaah Malaysia selamat jalani pembedahan jantung

LocalHealth & Fitness
2 Jun 2025 • 10:01 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Zurina mengalami serangan jantung ketika menunaikan ibadah haji dan telah menerima rawatan di King Abdullah Medical City. Foto Awani

MAKKAH – Seorang jemaah haji Malaysia, Zurina Mat Hussin dari Maktab 85, Terengganu, berjaya diselamatkan dalam satu pembedahan jantung oleh pasukan perubatan Arab Saudi.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Arab Saudi, Zurina mengalami serangan jantung ketika menunaikan ibadah haji dan telah menerima rawatan di King Abdullah Medical City, di sini.

Selepas menjalani prosedur rawatan, Zurina didaftarkan dalam program pemantauan kesihatan jarak jauh anjuran kerajaan Arab Saudi, yang dikendalikan oleh Hospital Maya Seha.

Keadaan beliau kini dipantau secara berterusan menggunakan peranti pintar pemantauan jantung.

Selepas menerima rawatan, Zurina dapat meneruskan ibadah haji dengan selamat, sementara kesihatannya terus dipantau secara jarak jauh.

Menurut kenyataan itu lagi, kes ini mencerminkan keupayaan perubatan maju Arab Saudi serta komitmennya yang teguh dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua jemaah haji. - Awani