Peta Interaktif Dilancar Jadi Panduan Jemaah Di Masjidil Haram

WorldTravel
2 Jun 2025 • 11:38 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

MINA (Arab Saudi), 2 Jun (Bernama-SPA) — Arab Saudi memperkenalkan peta interaktif pelbagai bahasa di Masjidil Haram bagi membantu jemaah haji mengakses perkhidmatan penting sepanjang musim haji, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Peta yang dilancarkan oleh Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi membolehkan pengguna mengesan kemudahan penting seperti stesen air zamzam, pejabat hilang dan jumpa, pusat bantuan serta perkhidmatan penjagaan kesihatan.

Ia merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Arab Saudi untuk memanfaatkan teknologi moden dalam memudahkan pelaksanaan ibadah dan meningkatkan pengalaman keseluruhan jemaah.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved