Jemaah meninggal dunia selepas solat sunat di masjid pada malam 27 Ramadan

LocalHealth & Fitness
28 Mar 2025 • 12:07 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang jemaah lelaki di Masjid As-Solihin Mukim Padang Mokkan di Kota Bharu meninggal dunia selepas selesai mengerjakan solat sunat dan menunggu untuk solat Isyak dan tarawih pada malam Jumaat, 27 Ramadan.

KOTA BHARU - Seorang jemaah lelaki di Masjid As-Solihin Mukim Padang Mokkan di sini meninggal dunia selepas selesai mengerjakan solat sunat dan menunggu untuk solat Isyak dan tarawih pada malam Jumaat, 27 Ramadan.

Allahyarham Makhtar Abdul Rahman, 78, ditemukan tidak sedarkan diri terkulai dia atas kerusi oleh para jemaah yang lain ketika menunggu masuknya waktu solat Isyak.

Imam Tua Masjid As-Solihin Mukim Padang Mokkan, Mohd Zulhilmi Zinu berkata, semasa kejadian beliau dimaklumkan oleh jemaah lain tentang keadaan Makhtar kemudian pergi memeriksanya dan mendapati badan arwah telah sejuk.

"Arwah merupakan jemaah tetap masjid, walaupun uzur dia tidak pernah ponteng solat berjemaah.

"Dia solat di atas kerusi kerana masalah kesihatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian'

Menurut beliau, sebaik sahaja melihat keadaan Makhtar begitu pihaknya telah memanggil kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mengesahkan warga emas terbabit telah meninggal dunia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved