“Vacation Boleh Pula?” – Lelaki Bidas Pendapat Netizen Ambil Cuti 10 Hari Untuk Iktikaf Di Masjid Tak Produktif

LocalOpinion
28 Mar 2025 • 4:42 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Selain berpuasa dan menunaikan ibadah solat sunat tarawih sepanjang Ramadan, ramai umat Islam juga tidak terlepas untuk mencari dan mengejar rahmat serta keberkatan malam Lailatul Qadar.

Memetik surah al-Qadr ayat 1-3, malam yang muncul pada hari ganjil semasa 10 hari terakhir bulan Ramadan ini adalah sangat bermakna dan kemuliannya lebih baik daripada seribu bulan.

Daripada Aishah RA, bahawa Rasulullah SAW beriktikaf di masjid dalam sepuluh hari yang terakhir dalam bulan Ramadan kemudian Baginda bersabda: Carilah Lailatul Qadar dalam sepuluh malam yang terakhir bulan Ramadan. (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ramai Para Muslim Iktikaf Di Masjid Untuk Kejar Malam Lailatul Qadar

Baru-baru ini, seorang pengguna X (Twitter @acaiijawa) dikenali sebagai Faisal Rahim berkongsi suasana kaum Adam beriktikaf di Masjid Sri Petaling.

Menurut Faisal, ramai di antara mereka yang mengambil cuti pada 10 hari terakhir di bulan Ramadan. Menurut lelaki tersebut, seorang rakannya yang bertugas sebagai seorang doktor juga sanggup untuk tidak pulang ke rumah bagi mengerjakan ibadah di rumah Allah SWT itu.

“Ya Allah, cemburunya dengan mereka yang bersungguh-sungguh (lakukan) ibadah. Ayuh kita usaha kejar Lailatul Qadar,” kata Faisal dalam ciapannya.

image is not available
Sumber: X (@acaiijawa)

image is not available
Sumber: X (@acaiijawa)

Ada Netizen Anggap Tak Produktif Ambil Cuti Tahunan Untuk Iktikaf

Bagaimanapun, seorang warganet mempunyai pandangan yang agak berbeza di mana dia tidak menggalakkan orang ramai untuk mengambil cuti semata-mata untuk beriktikaf di masjid.

“Masyarakat tidak sepatutnya biasakan benda ini. Kita akan terus ketinggalan di belakang negara lain jika kita menghabiskan masa seperti ini dan kekal tidak produktif.

“Saya tahu ramai yang akan serang saya kerana cakap benda ini tetapi saya benar-benar berasa sedih melihat orang menganggap tidak mengapa untuk tidak produktif sebegini.

“Kata nak hentikan genosid dan membantu saudara-saudara di Gaza. Tetapi macam mana dengan cara ini membawa kita lebih dekat dengan itu?” kata lelaki berkenaan.

image is not available
Sumber: X (Twitter)

Faisal Anggap Habiskan Masa Untuk Ibadah Bukan Perkara Sia-sia

Faisal menerusi satu lagi ciapan menepis pandangan tersebut dengan berkata meluangkan masa 10 hari dan mengambil cuti tahunan yang lama untuk beribadah kepada Allah SWT adalah satu sifat terpuji.

“Menghabiskan 10 daripada 365 hari dalam ibadah bukanlah sesuatu yang sia-sia, ia mengikut sunnah yang diamalkan dan diperintahkan oleh Rasulullah SAW kepada kita.

“Orang ramai ambil cuti dua minggu untuk melancong tidak dilabel tidak produktif. Tapi bila untuk ibadah dan Lailatul Qadar, tiba-tiba jadi isu? Perspektif yang begitu cacat (tidak sesuai).

image is not available
Sumber: X (Twitter)

Faisal dalam masa sama menjelaskan tentang apa sebenarnya hikmah mengejar malam Lailatul Qadar buat para Muslim.

“Lailatul Qadar bernilai lebih dari seribu bulan. Ia boleh menjadi kunci menuju ke syurga jika seseorang meninggal dunia sebelum Ramadan berikutnya. Tiada jumlah ‘produktiviti’ yang setanding dengan itu.

“Tetapi sudah tentu, mereka yang hidup hanya untuk mengejar dunia tidak akan memahami konsep ini,” tambah lelaki itu di akhir perkongsian.

Orang Ramai Setuju Amalan Dunia & Akhirat Perlu Diseimbangkan

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai bersetuju dengan pendapat dilontarkan oleh Faisal.

“Suka cara orang Barat isi kekosongan dengan musik klasik dan seni, Muslim pula tenang dengan solat, zikir dan (bacaan) al-Quran. Bukan samakan dalam neraca timbangan amalan, hanya buat analogi.

“Tuhan aturkan macam ni bukan semuanya tentang produktiviti. Kadang-kadang kena slow down, baca, dengar isi jiwa,” kata seorang lelaki.

Malah ada yang berkata setiap individu perlu seimbangkan amalan dunia dan akhirat.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available
Sumber: X (@acaiijawa)

Source: