Jemaah Menteri, Ahli Parlimen disaran buat saringan kesihatan setahun sekali

LocalPolitics
2 Aug 2023 • 6:17 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

PUTRAJAYA: Anggota Jemaah Menteri dan Ahli Parlimen disarankan menjalani saringan kesihatan sekurang-kurangnya setahun sekali, bagi memastikan kesihatan mereka dalam keadaan baik, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa (gambar).

Beliau berkata perkara itu turut diutarakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat Kabinet hari ini, susulan mengambil ikhtibar pemergian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, pada 23 Julai lepas.

“Contohnya baru ni apa yang berlaku kepada Allahyarham (Salahuddin), kita memperingatkan kepada semua Ahli Parlimen untuk menjaga kesihatan masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kementerian Kesihatan (KKM), di sini hari ini.

Salahuddin, 61, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada pukul 9.23 malam 23 Julai, setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.

Dalam perkembangan lain, Dr Zaliha berkata KKM akan melaksanakan pemberian vaksin influenza kepada semua kakitangannya tahun ini, untuk memastikan mereka dilindungi daripada jangkitan virus itu.

“Kita tengah menunggu untuk pembelian influenza vaksin,” katanya. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved