Jemaah Palestin dibelasah israel dihalang memasuki Masjid Al-Aqsa

14 Apr 2023 • 8:25 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

image is not available

BAITULMAQDIS: Jemaah Palestin berhimpun di perkarangan Masjid Al-Aqsa Baitulmaqdis untuk menentang tentera penceroboh israel yang menghalang mereka berada di pintu masuk tapak suci umat Islam itu.

Pasukan israel berada di Bab Al-Silsila, salah satu pintu Masjid Al-Aqsa, di Kota Lama Baitulmaqdis yang dijajah, bagi menghalang dengan cara memukul jemaah muslim masuk ke dalam.


image is not available

image is not available

Lebih 35,000 umat Islam yang berkumpul terpaksa bersolat di halaman luar Masjid Al-Aqsa selepas kejadian itu.

Pasukan israel juga telah menahan 3 wanita Palestin bernama Khadija Khweis, Hanadi Halawani dan Nafisa Khweis, yang sedang menunaikan solat Tarawih secara aman..

Panel pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menggesa masyarakat antarabangsa segera mengambil tindakan untuk menghentikan pengusiran paksa dan pemindahan penduduk Palestin di Baitulmaqdis Timur oleh israel yang semakin mengganas.

image is not available

“Setiap tahun dan setiap Ramadan, pihak berkuasa pendudukan mula membangkitkan perasaan umat Islam dengan menyerbu Masjid Al-Aqsa berulang kali,” katanya.

Pusat Akhbar Qatar mengecam sekeras-kerasnya serangan berterusan israel terhadap rakyat Palestin dan tempat suci Islam di Baitulmaqdis.

image is not available

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

ATAU menerusi

Akaun Maybank

Tabung Kemanusiaan MAPIM (Dana MAPIM):
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia