
Gelombang doa dan solidariti buat Allahyarham adik Zara Qairina Mahathir tidak hanya bergema di tanah air, malah turut merentasi sempadan hingga ke Tanah Suci Makkah.
Menerusi perkongsian di akaun TikTok Mutawwif Ashraf, beliau bersama sekumpulan jemaah Malaysia dilihat berkumpul di hadapan Kaabah bagi memanjatkan doa kepada Allah SWT untuk adik Zara.
Moga Allah SWT zahirkan kebenaran dan keadilan!

Menurut Ashraf, himpunan doa dan solidariti sebelum ini telah berlangsung di beberapa negeri seperti Kedah, Kuala Lumpur dan Sabah. Ashraf berkata lagi, doa tersebut dipanjatkan sebagai tanda simpati dan dukungan berterusan terhadap keluarga Allahyarham.
Bersaksikan Baitullah Kaabah kita pakat-pakat doakan untuk adik Zara agar Allah SWT tunjuk dan zahirkan keadilan dan Allah hadiahkan syurga tertinggi buat Allahyarham.
Ashraf turut menyeru orang ramai agar untuk terus menggunakan tanda pagar #JusticeForZara sebagai simbol sokongan dalam menuntut keadilan buat Allahyarham adik Zara.
Aminkan doa di depan Kaabah dan komen justiceforzara… #foryou #fypage #fyppppppppppppppppppppppp #masukberandafyp #trending #videoviral #video #meletopfyp #viral #meletop #mekah #masjidilharam #tetamuallah #doa #kaabah #mustajab #keadilan #justiceforzara #like #comment #share #repost #mutawwifashraf #khadimulharamain
Tragedi menimpa adik Zara Qairina sekali lagi membuka mata masyarakat mengenai isu buli dalam kalangan remaja dan perlunya tindakan serius daripada semua pihak bagi memastikan kejadian seumpama ini tidak berulang.
Kredit: Mutawwif Ashraf
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
The post
appeared first on
.

