Jenama ‘Besar’ Masuk Bazar, Tawar Harga Minuman Lebih Murah Di Bazar Ramadan Undang Pertikaian – “Ada Persaingan, Harga Lebih Terkawal”

LocalBusiness & Finance
24 Feb 2026 • 2:44 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Isu persaingan di Bazaar Ramadan kini hangat diperkatakan selepas pempengaruh, Mohd Fadli Salleh mendedahkan keluhan peniaga kecil yang mendakwa jualan mereka merosot dengan ketara.

Menurutnya, kehadiran jenama besar seperti ZUS Coffee dan Mixue di tapak bazaar menjadi antara faktor pelanggan beralih arah kepada yang lebih murah.

Advertisement

image is not available

Perdebatan utama tertumpu kepada faktor harga. Jika peniaga air balang biasa menjual pada harga antara RM5 hingga RM8, jenama besar pula mampu menawarkan minuman serendah RM3.90. Perbezaan harga yang ketara ini menyebabkan sebahagian pelanggan memilih tawaran yang lebih murah daripada jenama terkenal.

Keadaan tersebut mewujudkan dilema dua sudut pandang berbeza. Dari sisi peniaga kecil, mereka berasa terhimpit dengan persaingan syarikat yang memiliki modal dan rangkaian besar. Manakala dari sudut pengguna, kehadiran jenama besar dilihat memberi lebih banyak pilihan dengan harga lebih kompetitif.

image is not available

Persoalan yang timbul kini ialah sama ada kemasukan jenama besar ke bazaar Ramadan merupakan satu bentuk persaingan sihat dalam pasaran terbuka, atau ia sebenarnya memberi tekanan kepada kelangsungan hidup peniaga kecil yang bergantung kepada jualan bermusim sepanjang Ramadan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2026-02-24 12:33:10

Masjid Seksyen 7 Shah Alam Perkenal Mesin Vending Makanan Percuma Pertama Di Malaysia

The post Jenama ‘Besar’ Masuk Bazar, Tawar Harga Minuman Lebih Murah Di Bazar Ramadan Undang Pertikaian – “Ada Persaingan, Harga Lebih Terkawal” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.