Jenama Kambing Perap Terkenal Didakwa Tak Bayar Gaji Staf Sampai 6 Bulan?

LocalBusiness & Finance
13 Apr 2025 • 2:10 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
Jenama Kambing Perap

Beberapa individu telah tampil menyatakan bahawa jenama kambing perap terkenal didakwa tidak membayar gaji stafnya sehingga berbulan-bulan.

Perkara tersebut dinyatakan oleh satu akaun TikTok apabila mendedahkan perkara tersebut sehingga mendapat perhatian ramai.

‘Anak emas’ jenama kambing perap je yang terima gaji?

Dalam perkongsian tersebut, akaun TikTok berkenaan bertanyakan sama ada staf syarikat kambing perap berkenaan adakah dalam keadaan baik apabila belum mendapat sebarang gaji daripada majikan.

“Staf selain ‘anak emas’ ada okay je tu gaji tak dapat lagi tengah bulan ni?” soal akaun TikTok tersebut.

image is not available

Jenama kambing perap dipercayai kerap buat infaq & program

Dalam pada itu, akaun berkenaan juga menyatakan yang jenama tersebut kerap membuat program dan aktiviti kebajikan dengan memberi bantuan, namun gaji staf dan juga bekas staf sukar untuk dilunaskan.

image is not available

Ada bekas staf yang kena ugut sebab minta payslip?

Kenyataan tersebut turut disetujui oleh beberapa bekas pekerja dan pekerja yang mengalami nasib sama apabila mendakwa tidak mendapat gaji berbulan-bulan lamanya.

Ada juga yang mengatakan mereka sudah 6 bulan tidak mendapat gaji dan turut mendakwa diugut oleh pihak majikan selepas menyuarakan isu tersebut.

image is not available

Dah 6 bulan tunggu gaji. Betul ke?

image is not available

Banyak masalah pula

image is not available

Walau bagaimanapun, belum ada sebarang penjelasan lanjut berkenaan isu terbabit dan semoga masalah ini dapat diselesaikan dengan baik memandangkan gaji para pekerja adalah hak mereka serta majikan sepatutnya bertanggungjawab ke atas kebajikan setiap staf yang sudah diambil untuk berkhidmat.

Sumber: TikTok boikotpakmat