Tular Papan Tanda Tulisan Cina Di Port Dickson, Identiti Gesa PBT Ambil Tindakan Tegas!

LocalPolitics
10 Apr 2025 • 4:24 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Baru-baru ini, tular di media sosial memaparkan papan tanda tulisan Cina di Kampung Sungai Nipah sehingga mengundang rasa kekecewaan Pertubuhan Pemerkasaan Identiti Malaysia (Identiti).

Menurut laporan Kosmo! Online, Pengerusinya, Islah Wahyudi Zainudin akui terkejut dengan perkara tersebut selepas menerima aduan daripada penduduk setempat.

Beliau yang memperjuangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan sewajarnya berhubung perkara itu.

Papan tanda tulisan Cina

https://www.tiktok.com/@identiti.malaysia/photo/7491205282287127815

“Buat masa ini yang saya tahu di Kampung Sungai Nipah sahaja yang ada terjemahan bahasa Mandarin. Namun, berapa lama ia berada di situ saya tak pasti. Apapun saya harap pihak PBT dapat bersikap tegas dalam isu ini.

“Jika tiada permit, papan tanda ini boleh diturunkan. Dalam Perlembagaan Malaysia, bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan perlu dijaga keistimewaannya,” katanya.

Papan tanda tulisan Cina

image is not available

Terdahulu, Identiti menerima aduan daripada rakyat berhubung papan tanda tulisan Cina tanpa permit dan berharap pihak bertanggungjawab menjalankan tugas dalam menangani isu tersebut.

Sumber: TikTok @Identiti Malaysia, Kosmo! Online (Nor Ainna Hamzah)