
Jenama kosmetik nombor satu di Eropah, essence kini sudah menembusi pasaran Malaysia. Berasal dari Jerman, jenama ini telah membangunkan produk berkualiti tinggi pada harga nilai hebat sejak 2002.
Menggunakan 100 peratus bahan vegan dan bebas daripada zarah mikroplastik, essence menawarkan akses kecantikan yang mudah dan trend terkini kepada semua, walau di mana jua anda berada.

Sesuai dengan cogan kata yang dibawa, “Jadikan Kecantikan Seronok”, jenama kosmetik ini mahu kecantikan datang bersama kegembiraan, mudah diakses dan tidak rumit. Bahkan, semua produk essence juga tidak melibatkan ujian ke atas haiwan.
Untuk koleksi musim luruh/dingin 2024, essence hadir dengan barisan produk yang menterjemahkan kata-kata, ‘Lantang, Hebat Dan Peribadi’.
Berpandukan nostalgia, trend kecantikan masa lampau diangkat untuk mewarnai trend masa kini dengan pigmen krom dan rona logam yang menerajui kebangkitan semula zaman Y2K.

Matlamat kecantikan untuk musim ini adalah untuk mengutamakan diri dengan ekspresi diri dan penjagaan diri sebagai fokus utama. Melangkah yakin dengan solekan berkilauan dan bibir berkilat menarik perhatian.
Produk yang menjaga kesejahteraan diri (kulit serta mood!) adalah penting untuk rutin kecantikan yang membangkitkanrasa hebat seiring dengan penampilan hebat.
Berikut adalah pilihan produk essence untuk koleksi musim luruh / dingin 2024:
1) Soft Touch Lip Mousse

Formula mousse bibir yang lembut berkrim dan nyaman. Dengan kemasan matteyang selesa dan tidak mengeringkan. Sesuai untuk penggunaan harian dan pelbagai penampilan solekan.
2) Contouring Duo Stick

Duo rias kontur 2-dalam-1 dengan rona cerah dan gelap. Reka bentuk yang menirus membantu aplikasi yang lebih tepat pada permukaan yang sukar dicapai.
3) Flawless Skin Trio Loose Setting Powder 10
Trio bedak pengimbang warna kulit dengan penapis bolehtanggal berputar. Rona merah jambu dan peach ntuk mencerahkan bawah mata, sementara warna ‘lilac’untuk menutrealkan warna kulit yang kekuningan.

Warna-warna ini boleh digunakan bersendirian atau bersama untuk menetapkan solekan kulit yang lebih matte.
4) Wonder Full Primer 5 In 1 SPF 30
Formula berwarna samar ini berfungsi untuk meminimakan saiz pori-pori, garis halus dan cela secara optikal sambil memberi kemasan kulit matte semulajadi. Pemakaian produk ini juga menjadikan kulit lebih lembab dan sekata.

Produk essence boleh didapati di semua cawangan Watson’s di seluruh negara dan di stor dalam talian di platform-platform jualan TikTok Shop, Shopee dan Lazada.
Untuk kemas kini terkini, anda boleh ikuti essence di @essence_cosmetics di Instagram dan @essence.cosmetics.my di TikTok. - Getaran, 17 Disember 2024
Foto : essence


