ZEEKR X, ZEEKR Tiba xxx

LocalCars
6 Dec 2024 • 6:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

Jenama kenderaan elektrik (EV) pintar mewah, Zeekr di bawah naungan Geely, akhirnya secara rasminya sudah menembusi pasaran Malaysia apabila ia melancarkan dua model terbaharunya, Zeekr X dan MPV mewah Zeekr 009, sebentar tadi.

Untuk pasaran Malaysia, Zeekr X ditawarkan dalam dua varian iaitu Premium dan Flagship AWD dengan harga di bawah

Sementara itu, Zeekr 009 pula juga didatangkan dalam dua varian: Luxury hadir dengan konfigurasi 7 tempat duduk manakala Ultra Luxury pula hadir barisan enam tempat duduk.

ZEEKR X:

Untuk makluman, anda, Zeekr X dibina berdasarkan platform Scalable Electric Architecture (SEA) Geely yang turut digunakan oleh smart #1, smart #3, Volvo EX30.

Dari segi dimensi, Zeekr X ini mempunyai ukuran dimensi 4,432mm (panjang), selebar 1,836mm, tinggi 1,566mm manakala jarak roda pula, 2,750mm.

Mengenai trenkuasanya, model Flagship AWD hadir dengan dua motor elektrik berkembar dimana ia mampu menghamburkan kuasa setakat 315 kW dan tork 543 Nm. Varian ini mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 3.8 saat.

Bagi varian Premium pula, ia disumbat dengan motor elektrik pacuan roda belakang dimana ia mampu menjana kuasa setakat 200kW (268 hp) dan boleh memecut dari 0-100 km/j hanya dalam masa 5.6 saat.

Mengenai pengecasannya, kenderaan ini sebenarnya menyokong pengecasan pantas DC 150kW dimana ia mengambil masa 30 minit bagi pengecasan 10-80 peratus.

Bagi yang berminat, Zeekr X didatangkan dalam lima pilihan warna: Crystal White, Mist Grey, Grid Grey, Palace Beige dan Pine Green.

ZEEKR 009:

Zeekr 009 yang didatangkan dalam dua varian: Luxury hadir dengan konfigurasi 7 tempat duduk manakala Ultra Luxury pula hadir barisan enam tempat duduk.

Mengenai trenkuasannya, Zeekr 009 dilengkapi dengan dua motor elektrik dimana ia boleh menghasilkan kuasa setakat 450 kW dan tork 693 Nm.

Walaupun saiznya besar, 009 boleh memecut dari 0-100 km/j hanya dalam masa 4.5 saat,

Zeekr 009 menyokong pengecasan AC sehingga 11 kW manakala pengecas pantas DC pula berkapasiti 150 kW.

Ini membolehkan baterinya boleh dicas dari 10-80% dicapai dalam masa 30 minit manakala dengan pek bateri berkapasiti 116kWh, ia memberikan jarak gerak sehingga 582km .

Bagaimanapun, Zeekr 009 didatangkan dalam tiga pilihan warna iaitu Phantom Black, Electric Blue dan Crystal White Pearl.

WARANTI:

Sempena pelancaran hari ini Zeekr Malaysia menawarkan waranti kenderaan X-year atau 1XX,XXX KM yang komprehensif dan waranti bateri X-year atau 1XX,XXX KM EV yang mengagumkan untuk kedua-dua Zeekr X dan Zeekr 009.

Malah, tawaran istimewa turut ditawarkan untuk tempahan XXX pertama.

Pelanggan ini akan menerima kredit pengecasan percuma bernilai RM5,000, sah pada rangkaian pengecasan yang mengambil bahagian di seluruh negara, dan langganan 1 tahun percuma untuk pakej perkhidmatan bersambung premium Zeekr.