
Narwal ialah sebuah jenama kelengkapan pembersih lantai yang berasal dari China dan cukup popular sekali bukan sahaja di negara tersebut, tetapi juga 30 lagi negara-negara lain. Jenama tersebut baru memasuki pasaran tempatan dan hari ini, telah membuka kedai mercu pertama mereka bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di seluruh Asia Tenggara.

Kedai mercu Narwal dibuka di pusat membeli-belah Sunway Velocity Mall dan terletak di aras ketiga, berhadapan kedai peranti pintar Realme. Kedai Narwal dilihat menawarkan pelbagai jenis kelengkapan pembersihan lantai mereka, dari pelbagai jenis robot vakum sehinggalah pembersih hampagas elektrik dan juga mop lantai elektrik, termasuklah model-model seperti Narwal Flow, S20 Pro, dan S10 Pro.

Pengguna boleh melihat dan menguji sendiri kemampuan kelengkapan pembersihan lantai yang ditawarkan oleh Narwal sebelum membuat keputusan untuk membelinya. Pelanggan boleh menikmati demonstrasi secara langsung dan menerima bantuan peribadi daripada staf Narwal, meningkatkan pengalaman membeli-belah mereka.

Bersempena dengan pembukaan kedai ini, Narwal juga sedang mengadakan promosi pembelian untuk satu hari sahaja. Pada 8 Mei 2026 sahaja, pelanggan boleh menikmati tawaran istimewa Beli 1 Percuma 1 untuk model terpilih, tertakluk kepada stok terhad.

- Beli Narwal Flow Compact Station → Dapat PERCUMA Narwal S30 Wet & Dry Vacuum (Harga promosi RM5,499 (terhad 5 unit)
- Beli Narwal Flow → Dapat PERCUMA Narwal S20 Wet & Dry Vacuum
(Harga promosi RM4,399 (terhad 20 unit)
Harga Pelancaran Khas
- Narwal Z10 — RM1,899 (terhad 20 unit)
- Narwal X10 Pro — RM1,699 (terhad 20 unit)
- Narwal S20 Pro — RM1,399 (terhad 100 unit)



