
JAKARTA – Seorang wanita warga emas yang dipercayai mencari sedekah di Banjar, Kalimantan Selatan menjadi perhatian ramai selepas tular membeli sebuah telefon pintar jenama iPhone secara tunai di sebuah kedai telefon bimbit.
Menurut laporan portal Lambe Turah, wanita itu dikatakan sering meminta sedekah di kawasan Sekumpul, Martapura.
Rakaman video yang dimuat naik menerusi akaun TikTok @officiallambeturah menunjukkan wanita terbabit mengeluarkan gumpalan wang kertas bernilai 100,000 rupiah (sekitar RM22) untuk membuat pembayaran telefon tersebut.
Video itu pantas mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang terkejut melihat jumlah wang tunai dibawa wanita berkenaan.
Pasangan Suami Isteri Dipanggil Agensi Sosial
Susulan video tular tersebut, wanita itu bersama suaminya kemudian dipanggil oleh Agensi Perkhidmatan Sosial Kabupaten Banjar (P3AP2KB) bagi tindakan lanjut.
Ketua agensi berkenaan, Erny Wahdini berkata, pasangan suami isteri itu telah dibawa ke Hospital Sambang Lihum untuk pemeriksaan kesihatan serta rawatan lanjut.
“Berdasarkan rekod perubatan yang ditemui, mereka pernah menerima rawatan di Rumah Sakit Jiwa (RSJ),” katanya. – The Malaysian Update
The post Pengemis Beli iPhone Tunai Undang Perhatian Ramai appeared first on The Malaysian Update.

