Jenama Sos Dan Perasa, ANGEL Raikan Ulang Tahun ke-80 Bersama Chef Aaron Khor

LocalFood
25 Jul 2025 • 6:58 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Jenama sos dan perasa yang telah lama berada dalam pasaran Malaysia, ANGEL baru-baru ini mengumumkan kerjasama strategik bersama Chef Aaron Khor, yang merupakan salah seorang pengasas sebuah restoran Cina popular.  

Kolaborasi ini adalah bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-80 jenama tersebut.

Menerusi satu kenyataan media, ANGEL menjelaskan bahawa kerjasama ini bukan sekadar meraikan warisan selama lapan dekad, tetapi juga memberi nafas baharu kepada citarasa klasik masakan Cina-Malaysia dengan pendekatan moden yang menepati selera generasi masa kini.

Ditubuhkan pada tahun 1945, jenama ANGEL yang mempunyai sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), terkenal dengan rasa autentik yang terhasil melalui proses penapaian semula jadi yang mengambil masa sehingga 180 hari. 

image is not available

Produk ikonik seperti kicap cair (Light Soy Sauce) dan taucu (Bean Paste) telah menjadi bahan asas dalam masakan rakyat Malaysia dari satu generasi ke generasi seterusnya.

“Selama 80 tahun, ANGEL telah menjadi sebahagian daripada hidangan harian keluarga Malaysia. Saya berasa bangga apabila terpilih untuk meraikan ulang tahun jenama ini dan ini merupakan satu penghormatan besar terhadap warisan yang telah membentuk rasa tempatan selama beberapa dekad,” ulas Chef Aaron  yang baru-baru ini dinobatkan sebagai Chef of the Year oleh Buro Malaysia.

“Melalui kerjasama ini, kami ingin memberi inspirasi kepada generasi muda untuk lebih menghargai rasa tempatan serta mencipta semula hidangan tradisional dalam cara yang lebih segar dan berani.

“Bekerjasama dengan ANGEL membolehkan kami menyatukan rasa klasik dengan pendekatan kontemporari. Kami mahu membuktikan bahawa rasa tempatan boleh terus berkembang tanpa melupakan asal-usulnya,” tambah Chef Aaron.

image is not available

Sebagai sebahagian daripada kolaborasi ini, ANGEL turut memperkenalkan produk terbaharu, Mala Seasoning Sauce yang merupakan gabungan unik rasa pedas mala dengan kemewahan umami kicap tradisional ANGEL. 

Paduan dua rasa ini menghasilkan rasa berani yang membangkitkan nostalgia sambil menarik minat generasi baharu. - Getaran, 25 Julai 2025

Foto : Angel