Jenama Tempatan Mokky’s Pizza Dan OnePlusTwo Kolaborasi Hasilkan ‘Buah Tangan’ Eksklusif 

LocalFood
22 Jan 2025 • 2:41 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Baru-baru ini, jenama tempatan yang semakin mendapat tempat di hati rakyat, Mokky’s Pizza dan OnePlusTwo (OPT) telah bekerjasama melancarkan koleksi barangan eksklusif untuk digayakan pada bila-bila masa. 

image is not available

Kerjasama unik ini bertujuan  menyatukan cinta kepada piza dan fesyen atau jalanan (streetwear) yang trendy, menyasarkan pasaran massa di Malaysia. 

Menampilkan pakaian streetwear edisi terhad yang diilhamkan oleh penjenamaan ikonik Mokky’s Pizza, pencinta fesyen boleh mendapatkan pelbagai barangan streetwear yang bergaya, termasuk t-shirt yang berharga RM159, topi trucker berharga RM139 dan keychain berharga RM39. 

image is not available

Ketua Pegawai Eksekutif Mokky's Pizza, Umar Abdul Aziz berkata, setiap item dalam koleksi ini adalah bukti kepada kreativiti dan kualiti yang dihasilkan oleh kedua-dua jenama. 

“Kami sangat teruja dapat bekerjasama dengan OPT. Sebagai sebuah jenama yang dekat dengan golongan muda, jenama ini mempamerkan semangat kreativiti dan inovasi. Kerjasama ini adalah gabungan sempurna antara semangat kami terhadap makanan dan fesyen trendy,” katanya. 

image is not available

Bagi Pengarah Pemasaran Mokky's Pizza, Muhammad Azfar Abdul Aziz pula, kerjasama dengan jenama streetwear yang mempunyai lebih 90,000 pengikut setia di media sosial itu adalah komitmen pihaknya untuk mempersembahkan hidangan yang enak dan mendatangkan keseronokan.

“Kerjasama dengan OPT ini adalah contoh komitmen kami untuk menggabungkan keseronokan dan rasa, dan kami teruja untuk melihat pelanggan kami menerima gabungan unik pizza dan streetwear ini.

“Kami percaya setiap kunjungan ke Mokky's Pizza seharusnya menjadi satu perayaan, dan kami menantikan untuk mencipta lebih banyak detik istimewa bersama komuniti kami,” ulasnya.

image is not available

Pengasas OPT, Hakim Mazlan, juga dikenali sebagai Hakim Langat turut berkongsi kegembiraannya.

"Ini adalah kerjasama yang sangat menarik kerana ini kali pertama jenama kami bekerjasama dengan jenama makanan dan minuman. Saya berharap jenama kami (OPTXMOKKYS) dapat berkongsi lebih banyak love and power," ulasnya.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan koleksi esklusif ini boleh cepat-cepat buat pembelian kerana stok semakin berkurangan. 

Belian boleh dibuat secara dalam talian di laman sesawang rasmi OPT sendiri, https://www.oneplustwo.my/.

Terdahulu, Mokky’s Pizza dan OPT telah menganjurkan satu acara istimewa di kedai utama Mokky’s Pizza di Subang Parade bagi meraikan kerjasama ini.

image is not available

Acara yang diadakan dari jam 5 petang sehingga 10 malam itu dihadiri oleh oleh rakan-rakan media dan juga pempengaruh fesyen terkenal untuk sesi ‘pizza party #MokkysXOPT’. 

Selain dapat menjamu selera dengan pelbagai hidangan piza yang lazat, tetamu yang hadir juga boleh  turut serta dalam beberapa aktiviti menghiburkan seperti pertandingan melipat kotak piza, dan mencipta piza kegemaran. - Getaran, 22 Januari 2025