Staf Kongsi Pengalaman Pahit Dakwa Ditindas, UNIQLO Tampil Bersuara

LocalBusiness & Finance
22 Jan 2025 • 1:41 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
uniqlo

Baru-baru ini, jenama pakaian popular Jepun diserang netizen selepas bekas pekerja tampil mendedahkan realiti yang dihadapi mereka sewaktu berkhidmat di situ.

Ramai bekas pekerja berkongsi pengalaman buruk mendakwa mereka ditindas dan dilayan secara tidak adil oleh pihak pengurusan.

Tampil memberi respon, Uniqlo menerusi kenyataan akhbar berkata, pihaknya komited untuk memastikan tempat kerja yang adil, telus dan dihormati untuk semua pekerjanya.

Kenyataan akhbar Uniqlo

image is not available

Dalam masa yang sama, UNIQLO menyatakan bahawa mereka mengambil maklum balas daripada pekerja dengan serius dan akan meneliti masalah yang dibangkitkan secara mendalam.

Netizen simpati dengan nasib pekerja

image is not available

Terdahulu, kisah-kisah sedih yang diceritakan bekas pekerja butik ini telah mengundang simpati netizen. Netizen berpendapat sebagai majikan, mereka sepatutnya mengutamakan kesejahteraan pekerja bukannya memberi tekanan.

Situasi seperti ini jelas tidak boleh dipandang ringan kerana ia memberi kesan kepada kesihatan mental dan produktiviti staf.

#OhmediaNasihat

Ingat, produktiviti syarikat bergantung kepada kebahagiaan pekerjanya. Majikan yang prihatin pasti akan mendapat sokongan penuh dari staf mereka.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Beautifulnara


The post

appeared first on

.