Jenama Terkenal Negara Jiran, Careso & The Originote Secara Eksklusif Kini Di Watsons

Beauty
20 Dec 2023 • 3:13 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Watsons ni memang betul-betul kedai ‘berhantu’ la, walaupun masa masuk tiada niat nak beli apa-apa. Tapi tak sah kalau keluar tak ‘bawa’ satu atau dua barang.

Lagi best dekat Watsons, sentiasa up-to-date dengan jenama terkenal. Baru-baru ni, masa cuci mata dekat Watsons, kami terperanjat sebab produk kegemaran kami dari Indonesia dah ada dekat rak Watsons!

Syok tu!! Tak perlu upah personal shopper tolong belikan!

Jenama Wangian Careso & Penjagaan Wajah The Originate Secara Eksklusif di Watsons!

Jenama pertama yang berjaya buat kami jatuh hati ialah wangian Careso, jenama ni kami kenal semasa bercuti di Indonesia baru-baru ini. Sekarang dah ada dekat Watsons, senanglah nak beli!

Careso Body Lotion

image is not available

Losyen badan Careso menggunakan formula yang ringan dan halus. Ia kaya dengan nutrisi dan menyerap ke dalam kulit dengan pantas. Selain mencerahkan, losyen ini juga dapat membantu membuat tona kulit lebih sekata.

image is not available

Kandungannya pula terdiri daripada shea butter yang dapat melembapkan kulit, Allantoin (menenangkan iritasi kulit), Advanced AHA yang berfungsi untuk pengelupasan, membuang kulit mati dan meningkatkan regenerasi kulit, N-acetyl glucosamine (mencerahkan kulit, mengurangi hiperpigmentasi dan kurangkan masalah kulit kering) serta Niacinamide yang telah terbukti dapat melembabkan kulit, melindungi kulit dari kesan sinaran UV serta membantu mencerahkan.

Losyen ini hadir dengan 4 wangian seperti Spring in New York, Velvet Rose, Jasmine Blossom, dan Spring in New York,

Harga: RM29.90 (300ml)

Careso Body Fragrance

image is not available

Pernah tak bila korang jalan-jalan orang tanya pakai minyak wangi apa? Dengan wangian badan Careso confirm orang toleh dua tiga kali.

Careso Body Fragrance mempunyai 4 wangian menyegarkan sama seperti losyen badan.

image is not available

Careso Spring In New York Body Fragrance- memberikan wangian buah-buahan hijau yang menyegarkan. Sesuai untuk menonjolkan keperibadian wanita berkerjaya dan dipakai ketika melakukan aktiviti luar.

image is not available

Velvet Rose Body Fragrance- mempunyai sedikit bau manis, memberi gambaran imej ‘Gadis Feminine’, juga sesuai dipakai untuk mereka yang bekerja di dalam pejabat.

image is not available

Jasmine Blossom Body Fragrance- dengan wangian bunga Jasmin Tea, korang pasti dapat feeling-feeling seperti puteri raja.

image is not available

French Vanilla Body Fragrance- wangian ini mempunyai bau yang sangat lembut dan manis seperti aiskrim Vanilla. Memberikan tubuh bau yang harum dan menyegarkan.

Harga: RM24.90 (100ml)

Careso Sweet Discovery Set

image is not available

Kalau korang suka gunakan wangian yang berbeza setiap hari mengikut persekitaran atau acara yang dihadiri. Korang boleh dapatkan Careso Sweet Discovery Set.

Set ini mempunyai 5 wangian yang sangat harum seperti Berry Vanilla, French Vanilla, Fruitee Fresh, Honey Bush dan Raspberry Souffle.

Harga: RM29.90 (5x5ml)

The Originote Ceramella Sunscreen

image is not available

Pelindung matahari ini merupakan sunscreen hybrid (chemical dan physical) dengan SPF 50 PA+++ dan kandungan 3 jenis Ceramide, Tremella dan Vitamin C yang berfungsi untuk melindungi kulit terhadap kesan buruk sinaran matahari, penuaan pra-matang dan membantu melindungan penghalang kulit wajah.

Harga: RM29.80 (50gram)

Segalanya Lebih Eksklusif Hanya Di Watsons!

Kini lebih mudah untuk memiliki produk eksklusif hanya di Watsons. Jika anda ingin dapatkan losyen dan wangian Careso atau produk penjagaan wajah The Originote, anda boleh berkunjung ke Watsons berhampiran atau nak mudah beli shopping online je!

Untuk tak terlepas promosi dan diskaun hebat, layari laman sesawang, Facebook dan Instagram Watsons.