“Tak boleh ajak dah” – Anak ‘Kecewa’ Tengok Ayah Tak ‘Behave’ Ketika Persembahan Pentas

Entertainment
16 Dec 2023 • 3:26 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebagai ibu bapa, kita semestinya menyokong apa yang anak kita lakukan. Selagi ianya elok dan bagus secara moral, kita mestilah menjadi tulang belakang kepada apa yang mereka lakukan.

Cakap pasal bagi sokongan kepada anak ni, min nak share satu video dengan korang di mana seorang ayah yang betul-betul memberi sokongan kepada anaknya yang melakukan persembahan pentas. Dalam video @syazlinaazman kelihatan anaknya seakan-akan kecewa dengan sikap ayahnya yang tak behave ketika persembahan berlangsung. Korang boleh tengok video yang min cakap tu di bawah.

Tak boleh ajak dah

Rata-rata netizen terhibur selepas melihat reaksi si anak yang seakan-akan kecewa dengan tingkah laku bapanya. Ini mungkin beberapa insiden yang secara tak langsung akan mengeratkan hubungan bapa dan anaknya selain lawak dad jokes yang selalu diberikan.

image is not availableItulah, kalau behave elok-elok next time ada persembahan mungkin boleh ajak. Tapi reaksi anak dia geleng kepala tu memang win lah.

image is not availableMungkin malu atau kecewa dengan perangai bapanya di bawah yang paling menonjol dalam kalangan penonton lain. Itu pasal kawan dia perasan dan tanya.

image is not availableBapa yang hyper macam ni biasanya yang selalu bagi sokongan tak berbelah bahagi kepada anak-anak mereka dalam apa jua yang mereka lakukan. Susah nak cari bapa yang macam ni sebenarnya tau.

image is not availableKann… nampak betul anak dia dah pasrah dengan perangai bapa dia. Min rasa pasangan anak dan bapa ni mesti sempoi je kat rumah. Itu pasal si anak tu boleh ada reaksi macam tu.

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.