Jenayah berat dalam sekolah? Bukan masa tunding jari tapi peranan tangani bersama – Pemuda UMNO Johor

LocalPolitics
14 Oct 2025 • 11:10 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Johor, Noor Azleen Ambros menggesa masyarakat mengambil tindakan segera susulan peningkatan jenayah berat yang berlaku dalam kawasan sekolah.

Beliau berkata, perkembangan ini menunjukkan seolah-olah wujud satu wabak sosial yang semakin membimbangkan.

“Sehinggakan kawasan yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat untuk anak-anak juga tidak lagi terlepas daripada ancaman tragedi sebegini.
“Kejadian-kejadian ini mencerminkan seolah-olah wujud satu bentuk kegagalan sistemik yang perlu ditangani segera,” katanya.

Jenayah berat dalam sekolah?

Pagi tadi, seorang pelajar perempuan tingkatan empat meninggal dunia selepas ditikam seorang pelajar lelaki tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya.

image is not available

image is not available

Sebelum ini, pada 2 Oktober, seorang pelajar perempuan tingkatan tiga di Melaka dipercayai dirogol dua pelajar senior dalam kelas, sambil kejadian dirakam dan disaksikan oleh dua pelajar lain menggunakan telefon bimbit.

Tegas beliau, sistem pendidikan yang sepatutnya mendidik dan melindungi generasi muda kini turut terpalit dengan jenayah yang mencemar nilai moral dan kemanusiaan.

“Ini bukan masa untuk menuding jari atau mencari salah pihak tertentu. Sebaliknya, ini masa untuk kita bersatu, bertindak, dan menjadi masyarakat yang prihatin.
“Kementerian Pendidikan, guru dan kakitangan sekolah memainkan peranan penting memastikan keselamatan pelajar. Ibu bapa pula perlu peka dan aktif memantau perkembangan anak-anak,” katanya lagi.

image is not available

Beliau turut menyeru agensi lain termasuk polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan NGO supaya bersama memperkukuh keselamatan serta kesejahteraan pelajar.

Pemuda Johor menegaskan, semua pihak perlu serius menangani isu ini dan menjadikan sekolah bukan sahaja selamat dari segi fizikal, tetapi juga dari sudut moral dan emosi.