Jenayah komputer: Lelaki didenda RM50,000

LocalTechnology
5 Jun 2025 • 9:42 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Cynthia D Baga

Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 35 tahun didenda berjumlah RM50,000 atas kesalahan jenayah komputer dengan membuat bayaran bagi beberapa telefon pintar dan gajet.

Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim menjatuhkan hukuman ke atas Mohd Ariffin Rafiuddin yang mengaku bersalah terhadap enam pertuduhan yang dihadapinya pada Rabu.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Mohd Ariffin didenda RM5,000 atau dipenjara 10 hari bagi setiap pertuduhan kerana melakukan capaian tanpa kebenaran terhadap sistem operasi terminal kad kredit atas namanya sendiri dengan niat untuk menipu dengan membuat bayaran bagi dua unit iPhone 15 Promax, masing-masing bernilai RM5,999.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Bagi pertuduhan ketiga, dia didenda RM10,000 atau penjara 20 hari kerana melakukan kesalahan sama dengan membuat bayaran bagi dua unit MacBook, dua unit iPhone 15 Promax dan satu unit iPhone 15 Pro yang keseluruhannya bernilai RM29,095.

Bagi pertuduhan keempat, Mohd Ariffin diarahkan membayar denda RM10,000 atau dipenjara 20 hari kerana melakukan jenayah komputer dengan membuat bayaran bagi empat unit Samsung Galaxy dan satu unit iPhone Pro, kesemuanya bernilai RM30,695.

Untuk pertuduhan kelima, dia didenda RM10,000 atau penjara 20 hari kerana membuat bayaran bagi empat unit iMac yang bernilai RM26,996.

Bagi pertuduhan keenam, Mohd Ariffin didenda lagi RM10,000 atau penjara 20 hari kerana melakukan jenayah komputer dengan membuat bayaran bagi dua unit MacBook bernilai RM10,398.

Kesemua kesalahan itu dilakukan di Kedai Urban Republic Imago di sini pada 12 Jun 2024 antara jam 1.30 petang hingga 4.23 petang.

Kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Jenayah Komputer itu memperuntukkan hukuman denda sehingga RM150,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Ketika merayu hukuman ringan, peguam Lim Ming Zoong yang mewakili Mohd Ariffin, memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya perlu menanggung empat anaknya dan ini merupakan kesalahan pertamanya.

Lim turut memaklumkan mahkamah bahawa akibat kes ini, Mohd Ariffin telah kehilangan pekerjaan sebagai jurujual di sebuah syarikat serta menyesali perbuatannya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Eugenie Meredith Gilbert memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman berat memandangkan jumlah kerugian yang ditanggung mangsa.