
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 56 tahun dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun kerana memiliki 32.47 gram syabu.
Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim menjatuhkan hukuman itu terhadap Ardi Hasbi yang mengaku bersalah atas pertuduhan dihadapinya pada Rabu.
Ardi didapati memiliki dadah itu pada tengah hari 28 November 2024 di sebuah rumah di Kg Labau Skim Penempatan Telipok, Manggatal.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Dia melakukan kesalahan itu bersama seorang lagi tertuduh Sherin Tating, 33, yang dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan terbabit.
Kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) Akta sama itu membawa hukuman penjara antara lima tahun dan penjara seumur hidup serta sebatan tidak kurang daripada 10 kali, jika sabit kesalahan.
Mahkamah memerintahkan Ardi menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 28 November 2024 dan tidak mengenakan hukuman sebatan ke atasnya.
Semasa mitigasi, peguam Datuk Norbert Chin yang mewakili Ardi merayu hukuman ringan dengan alasan Ardi mempunyai tiga anak dan merupakan pencari nafkah keluarganya.
Ardi juga berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu pada masa akan datang.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Eugenie Meredith Gilbert memohon mahkamah menjatuhkan hukuman pencegahan.


