Jenayah telekomunikasi paling banyak jejas belia berusia 21-30 tahun

LocalPolitics
21 Dec 2025 • 1:46 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

Golongan belia berusia 21 hingga 30 tahun merupakan mangsa tertinggi penipuan telekomunikasi, dengan 8,789 kes dilaporkan dari Januari hingga November tahun ini.

KUALA LUMPUR: Golongan belia berusia 21 hingga 30 tahun mencatatkan jumlah mangsa tertinggi bagi jenayah telekomunikasi dari Januari hingga November tahun ini.

Seramai 8,789 individu dalam lingkungan umur itu dilaporkan menjadi mangsa, menurut Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman.

Kumpulan umur 31 hingga 40 tahun pula merekodkan 6,825 mangsa, diikuti golongan 41 hingga 50 tahun dengan 4,977 mangsa.

Sebanyak 3,382 mangsa berusia 51 hingga 60 tahun dan 2,763 mangsa warga emas berusia lebih 60 tahun turut dilaporkan.

Manakala, seramai 1,962 mangsa direkodkan dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 20 tahun.

Secara keseluruhan, sebanyak 28,698 kes jenayah telekomunikasi dilaporkan di seluruh negara dengan jumlah kerugian mencecah RM715 juta.

“Situasi ini membuktikan bahawa jenayah telekomunikasi memberi kesan kepada semua lapisan umur,” menurut kenyataan JSJK.

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada serta tidak mudah terpedaya dengan sebarang bentuk penipuan.

Mangsa boleh membuat laporan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997, membuat semakan melalui portal Semak Mule atau melaporkan kejadian kepada polis.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved