Jenazah Akhmal Asyraf Akan Disemadikan Di Oman - Saiful Nang

27 Nov 2026 • 6:15 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Jenazah Akhmal Asyraf Akan Disemadikan Di Oman - Saiful Nang

Jenazah pengacara RARETV, Allahyarham Akhmal Asyraf akan disemadikan di Muscat, Oman.

Perkara itu disahkan oleh pengasas RARETV, Saiful Nang di dalam satu hantaran di Threads pada Jumaat.

Menurutnya, tarikh dan waktu pengebumian bergantung kepada pengurusan dokumentasi dengan pihak kerajaan Oman.

"Perkembangan terkini, jenazah Allayarham Akhmal Asyraf akan disemadikan di Muscat, Oman.

"Tarikh dan waktu bergantung kepada pengurusan dokumentasi dengan pihak kerajaan Oman," katanya.

Baca juga:

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa ahli keluarga Allahyarham termasuk ibu bapanya dijangka mula tiba di Muscat pada tengah hari esok.

“Keluarga Allayarham termasuk ibu bapa dan pengasas RPWP akan mula tiba di Muscat pada tengahari esok,” ujarnya.

Terdahulu, Akhmal disahkan meninggal dunia pada jam 6.58 petang waktu Oman selepas dimasukkan ke hospital akibat jangkitan paru-paru.

Pemergiannya bukan saja meninggalkan kesan yang mendalam kepada ahli keluarga dan teman rapat, tetapi turut membuatkan ramai netizen yang mengenalinya turut berasa sayu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved