Tangisan bapa iringi pengebumian dua anak maut kemalangan

27 Nov 2026 • 11:57 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tangisan bapa iringi pengebumian dua anak maut kemalangan
Bapa kepada lima orang anak itu beberapa kali dilihat mengesat air mata menggunakan kain tuala yang dibawanya ketika menyaksikan jenazah Muhammad Saiful Haider Saiful Nizam, 10, dan Muhammad Saiful Hayyan, 6, disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gaung, Pasir Mas pada Jumaat. Foto:SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN
Image from: Tangisan bapa iringi pengebumian dua anak maut kemalangan
Muhammad Saiful Haikal yang turut terlibat dalam kemalangan hadir menaiki kerusi roda bagi mengiringi pengebumian kedua-dua adiknya selepas mengalami patah ibu jari kaki. Foto:SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN
Image from: Tangisan bapa iringi pengebumian dua anak maut kemalangan
Anak kedua pasangan itu, Muhammad Saiful Harraz, 14, pula menangis sambil menutup wajahnya dengan kopiah ketika berada di sisi pusara dua adiknyaFoto:SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN

PASIR MAS – Tangisan seorang bapa mengiringi pengebumian dua anak lelakinya yang maut dalam kemalangan motosikal di Kampung Bechah, Tendong, di sini pada Khamis.

Saiful Nizam Abdul Sani, 42, tidak dapat menahan sebak sepanjang proses pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gaung pada Jumaat.

Bapa kepada lima cahaya mata itu beberapa kali dilihat mengesat air mata menggunakan tuala yang dibawanya ketika menyaksikan jenazah Muhammad Saiful Haider Saiful Nizam, 10, dan Muhammad Saiful Hayyan, 6, disemadikan dalam satu liang lahad.

**media[3724471]**

Kedua-dua jenazah selamat dikebumikan pada jam 10.50 pagi selepas disolatkan lebih 300 jemaah di Masjid Al-Hanan.

Lebih memilukan, abang mereka, Muhammad Saiful Haikal, 18, yang turut terlibat dalam kemalangan itu hadir dengan menaiki kerusi roda bagi mengiringi pengebumian kedua-dua adiknya selepas mengalami patah ibu jari kaki.

Dua beradik berkenaan maut selepas motosikal yang dinaiki bersama abang mereka dipercayai terbabas sebelum bergesel dengan tiang lampu dan melanggar lubang di tepi jalan.

Sementara itu, ibu mereka, Noor Zuhanis Mohd Noor, 42, kelihatan sugul sambil memangku anak bongsu lelakinya.

Anak kedua pasangan itu, Muhammad Saiful Harraz, 14, pula tidak dapat menahan kesedihan sehingga menangis sambil menutup wajah dengan kopiah ketika berada di sisi pusara dua adiknya.

**media[3724479]**

Proses pengebumian berjalan lancar dalam cuaca cerah dengan kehadiran lebih 100 ahli keluarga dan penduduk setempat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved