Tidak menghormati sensitiviti keluarga
Jenazah Belum Dikebumi, Rakan Minta Surat Kematian Konon Untuk Hal Kecemasan. Tular di laman Twitter baru-baru ini menerusi satu hantaran oleh pengguna bernama Asyraff Mohd Fauzi luah rasa kecewa apabila rakannya tidak menghormati sensitiviti keluarga yang baru kehilangan orang tersayang.
Menerusi hantaran tersebut, Asyraf berkongsi tangkap layar perbualannya bersama rakan mengucapkan takziah di atas pemergian arwah adiknya menerusi aplikasi Whatsapp.
Lebih mengeruhkan keadaan apabila rakannya itu meminta salinan surat kematian untuk hal kecemasan disebabkan adiknya tidak dapat pulang ke institusi pengajian.

Masih menunggu keputusan dari hospital
Namun, Asyraf rasa terkilan dengan permintaan rakannya itu kerana seolah tidak menghormati kejadian yang menimpa keluarga Asyraf.
Kalau kau emergancy , kenapa nak pakai surat mati orang lain. Otak letak mana ? Kau tak reti hormat orang baru meninggal ke? Kau igt ni Klinik amek MC ke? pic.twitter.com/6teqQ6MSQL
Difahamkan, Asyraf baru sahaja kehilangan adiknya Khairul Ikmal Affizan Mohd Fauzi yang meninggal dunia dan pihak Asyraf masih menunggu keputusan kematian dan juga panggilan dari pihak hospital.
Saya sebagai abang arwah , bukan apa, saya rasa terkilan . Sebab kami sekeluarga pun belum dapat apa2 result dari Hospital . Tunggu panggilan .
Asyraf juga turut menyatakan ciapan yang dibuat hanyalah untuk memberi kesedaran dan peringatan dan tidak berniat untuk memalukan sesiapa.
Dia turut menasihatkan untuk memulakan perbualan dengan bertanya khabar kerana cara dan intonasi yang salah boleh menyinggung perasaan lagi-lagi hal kematian.
Tujuan saya post benda macam ini. Untuk kesedaran & peringat semua bukan niat nak memalukan siapa2 atau hina siapa2 . Cuba tanya kabar dahulu dengan cara yang betul. Cara yang salah boleh menyingung perasaan orang lain. Lagi2 soal Kematian.
Individu yang didakwa meminta surat kematian itu juga telah membuat permohonan maaf di atas cara permintaannya itu yang dikatakan agak kurang sopan sehingga menyinggung perasaan keluarga Asyraf.
Asyraf juga meminta orang ramai mendoakan perkara yang baik dan tidak mahu individu tersebut dikecam.


