Kawan Minta Surat Kematian Adiknya Untuk Kepentingan Diri Sendiri Buat Netizen Bengang

20 Sep 2022 • 9:34 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Belum dapat keputusan lagi kawannya sudah minta surat kematian adiknya

Kawan Minta Surat Kematian Adiknya Untuk Kepentingan Diri Sendiri Buat Netizen Bengang. Sesiapa sahaja pasti akan merasa sedih apabila kehilangan insan yang tersayang dalam hidup kita, lagi-lagi ahli keluarga kita sendiri.

Jika ada diantara kenalan korang yang merasai kehilangan tersebut, korang kenalah jaga hati mereka. Jangan pula ada yang mengambil kesempatan ke atas kesedihan mereka pulak, yaimage is not available

image is not available
Kawan Minta Surat Kematian Adiknya Untuk Kepentingan Diri Sendiri Buat Netizen Bengang. Gambar sekadar hiasan.

Kalau nak minta pun, biarlah beradab

Baru-baru ini tular di laman media sosial, terdapat perkongsian tangkapan skrin menunjukkan perbualan antara dirinya dengan salah seorang ‘kawan’nya. Pengguna akaun Twitter, @asyraffmfauzi memuat naik perkongsian tersebut beserta kapsyen:

Kalau kau emergancy, kenapa nak pakai surat mati orang lain. Otak letak mana? Kau tak reti hormat orang baru meninggal ke? Kau ingat ni klinik amek MC ke?”

image is not available
Sumber: Twitter @asyraffmfauzi

Dalam tangkapan skrin tersebut menunjukkan bahawa kawannya mengucapkan takziah kepada Asyraff, namun telah meminta salinan surat kematian adik Asyraff untuk kepentingan dirinya sendiri. Katanya untuk kecemasan.

Jelas Asyraff dalam ciapan tersebut, dia merasa terkilan dengan soalan kawannya kerana pada waktu tersebut keluarganya masih menunggu panggilan dan belum menerima keputusan dari Hospital.

image is not available
Kawan Minta Surat Kematian Adiknya Untuk Kepentingan Diri Sendiri Buat Netizen Bengang. Sumber: Twitter @asyraffmfauzi

Walaupun terkilan, Asyraff telah memaafkan individu tersebut

Walau bagaimanapun, Asyraff turut menjelaskan bahawa dirinya sudah memaafkan individu tersebut atas caranya yang tidak beradab. Dia turut menasihatkan biarlah ahli keluarga selesaikan urusan semua barulah minta surat tersebut.

Its okay dah maafkan pun. Terkilan la, jenazah masih lagi di Forensik belum selesai urusan kebumi semua. Orang dah mintak surat mati .Biarlah ahli keluarga selesai urusan semua barulah nak mintak surat ke. Bukannya taknak bagi. Cuma cara tu salah.”

image is not available
Sumber: Twitter @asyraffmfauzi

Rata-rata netizen turut bengang dengan individu tersebut

Menerusi ruangan komen, ramai juga yang bengang dengan soalan individu tersebut yang tidak peduli akan perasaan keluarga lelaki tersebut.

image is not available
Sumber: Twitter @asyraffmfauzi

image is not available
Kawan Minta Surat Kematian Adiknya Untuk Kepentingan Diri Sendiri Buat Netizen Bengang. Sumber: Twitter @asyraffmfauzi

Lagi artikel menarik untuk anda baca boleh tekan pautan di bawah: