Jenazah dua beradik maut kemalangan dikebumi satu liang lahad

27 Nov 2026 • 2:51 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Jenazah dua beradik maut kemalangan dikebumi satu liang lahad

PASIR MAS: Jenazah Muhammad Saiful Haider Saifulnizam, 10, bersama adiknya, Muhammad Saiful Hayyan, 6, yang maut dalam kemalangan motosikal semalam selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Gaung di sini hari ini.

Kedua-dua jenazah sebelum itu disolatkan di Masjid Al-Hanan Tendong dihadiri kira-kira 300 orang.

Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan sebaik jasad dua beradik itu dimasukkan ke dalam liang lahad.

Kedua-dua jenazah selamat dikebumikan pada pukul 10.50 pagi.

Dalam kejadian semalam, dua beradik, Muhammad Saiful Haider Saifulnizam, 10, dan adiknya, Muhammad Saiful Hayyan, 6, maut dalam nahas yang berlaku kira-kira pukul 1.45 tengah hari.

Mereka dalam perjalanan pulang ke rumah selepas abangnya, Muhammad Saiful Haikal, 18, menjemput Muhammad Saiful Haider dari sekolah dan ketiga-tiga mangsa tercampak dari motosikal itu menyebabkan seorang daripada mereka meninggal dunia di lokasi kejadian.

Motosikal yang dibawa oleh remaja berusia 18 tahun itu terbabas dan bergesel dengan tiang lampu di bahagian kiri jalan sebelum melanggar lubang. – UTUSAN

The post Jenazah dua beradik maut kemalangan dikebumi satu liang lahad appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved