Jenazah Hamid Gurkha Selamat Dikebumi

15 Jun 2022 • 9:38 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Jenazah pelawak veteran Abdul Hamid Ab Rahman atau lebih dikenali Hamid Gurkha selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Kota Raja, Kampung Jawa di sini malam tadi.

Terdahulu, jenazah disolatkan di Masjid Kota Raja dan dikebumikan di tanah perkuburan itu kira-kira 9.50 malam.

Selain keluarga, beberapa teman rapat dan rakan selebriti Allahyarham turut kelihatan di pekarangan masjid dan tanah perkuburan antaranya penyanyi, Datuk Nashrudin Elias atau Nash dan pelawak Sulaiman Yassin (Mat Over).

image is not available

Hamid Gurkha, 89, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini, pada 2.19 petang tadi akibat sakit tua.

Allahyarham mula dikenali menerusi filem Panglima Badol pada 1978 selain turut popular menerusi filem Senario The Movie dan Zombi Kampung Pisang. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved