Jenazah Ismail Haniyeh dikebumi di Doha hari ini

2 Aug 2024 • 8:28 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR — Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh, yang mati dibunuh dalam serangan di Tehran, Iran, kelmarin akan dikebumikan di Doha, Qatar hari ini.

Jenazahnya itu diterbangkan dari Tehran ke Doha selepas Iran selesai mengadakan upacara penghormatan terakhir.

Terdahulu jenazah Ismail bersama pengawal keselamatannya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha bagi upacara pengebumian.

Iran yang berkabung selama tiga hari sehingga hari ini berikutan kematian Ismail, mengadakan acara penghormatan terakhir buat pemimpin tertinggi Hamas itu, semalam.

Ribuan hadir di majlis berkenaan dengan acara tersebut turut disiarkan secara langsung di beberapa stesen televisyen di Iran dan Jordan.

Hamas sebelum ini mengesahkan Ismail dan pengawal keselamatannya terbunuh dalam satu serangan peluru berpandu di kediamannya di Tehran, kelmarin.

Ismail, 62, berada di Iran bagi menghadiri acara angkat sumpah Presiden Iran yang baharu, Masoud Pezeshkian di Tehran, sehari sebelum itu.

Setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab atas pembunuhan itu tetapi ia disyaki dilakukan tentera Israel, yang berikrar untuk membunuh Ismail dan pemimpin Hamas lain berhubung serangan kumpulan itu pada 7 Oktober lalu.

Televisyen Iran melaporkan kematiannya pada awal pagi kelmarin dan penganalisis sudah mula menyalahkan Israel atas serangan itu.

Tentera Israel sebelum ini memberitahu CNN bahawa mereka 'tidak memberikan maklum balas' terhadap laporan dalam media asing," selepas media Iran melaporkan kematian Ismail. - 2 Ogos, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved