Terkorban Dalam Serangan Di Iran, Jenazah Ismail Haniyeh Dikebumikan Di Qatar Hari Ini

2 Aug 2024 • 12:34 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Jenazah Ketua Biro Politik H4m4s, Ismail Haniyeh yang maut akibat dibunuh dalam serangan di Tehran, Iran akan dikebumikan di Doha, Qatar hari ini.

Menurut Berita Harian, jenazahnya bersama pengawal keselamatan telah diterbangkan dari Tehran ke Lapangan Terbang Antarabangsa Doha bagi upacara pengebumian selepas Iran selesai mengadakan upacara penghormatan terakhir.

Iran juga akan berkabung selama tiga hari sehingga hari ini berikutan kematian Ismail dan mereka juga akan mengadakan acara penghormatan terakhir buat pemimpin tertinggi H4m4s itu pada Khamis.

image is not available

Ribuan dikatakan hadir di majlis berkenaan yang mana ia turut disiarkan secara langsung di beberapa stesen televisyen di Iran dan Jordan.

Tular juga video memaparkan Sayyid Ali Khamenei dilihat memimpin solat jenazah buat Ismail Haniyeh dipaparkan secara siaran langsung di televisyen.

Terdahulu, H4m4s mengesahkan Ismail dan pengawal keselamatannya syahid dalam satu serangan peluru berpandu di kediamannya di Tehran pada Rabu.

Ismail, 62, pada ketika itu berada di Iran bagi menghadiri acara angkat sumpah Presiden Iran yang baharu, Masoud Pezeshkian di Tehran sehari sebelum kejadian.

Al Fatihah…

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.