Jenazah Koperal Norazmi selamat dikebumikan di Masjid Al-Busyra

17 Jun 2026 • 8:01 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Jenazah Koperal Norazmi selamat dikebumikan di Masjid Al-Busyra
Jenazah Koperal Norazmi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Busyra pada pagi Rabu.
Image from: Jenazah Koperal Norazmi selamat dikebumikan di Masjid Al-Busyra
Jenazah Koperal Norazmi dikebumikan mengikut istiadat ketenteraan.
Image from: Jenazah Koperal Norazmi selamat dikebumikan di Masjid Al-Busyra
Isteri, anak dan ahli keluarga Allahyarham Norazmi hadir ke istiadat pengebumian di Masjid Al-Busyra Merbok.
Image from: Jenazah Koperal Norazmi selamat dikebumikan di Masjid Al-Busyra
Siti Fairus ditemani ahli keluarga hadir mengikuti istiadat pengebumian Allahyarham Norazmi.
Image from: Jenazah Koperal Norazmi selamat dikebumikan di Masjid Al-Busyra
Anak Allahyarham, Muhammad Rizhan Darwish turut mengikut istiadat pengebumian di Masjid Al-Busyra Merbok.

MERBOK -  Suasana pilu menyelubungi upacara pengebumian jenazah Koperal Norazmi Abu Bakar yang terkorban dalam insiden letupan ketika menjalani latihan di Kem Hobart, Gurun, apabila jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Busyra di sini, yang selesai sekitar jam 5.25 pagi Rabu.

Upacara pengebumian dilaksanakan mengikut istiadat ketenteraan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai penghormatan terakhir terhadap jasa dan pengorbanan Allahyarham.

**media[3553636]**

Kira-kira 500 orang termasuk ahli keluarga, kenalan, pegawai dan anggota tentera hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

**media[3553634]**

Jenazah anggota Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja itu dibawa dari Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar sebaik sahaja selesai proses bedah siasat kira-kira jam 2.30 pagi.

Jenazah kemudian dibawa ke rumah keluarga di Kampung Tupah Lama sekitar jam 3.35 pagi dan tiba di Masjid Al-Busyra kira-kira jam 4.20 pagi.

Solat jenazah diimamkan Pegawai Staf Agama Briged Keenam Infantri Malaysia, Mejar Mohd Sobri Che Hassan.

Simbolik Penyerahan Bendera diserahkan Pegawai Memerintah Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja, Leftenan Kolonel Wazir Syafiq Nodin kepada Panglima Briged Keenam Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Mohd Fouzi Sulaiman sebelum ia diserahkan kepada isteri Allahyarham, Siti Fairus Mohamad Yussof, 38.

**media[3553632]**

Allahyarham Norazmi meninggalkan dua anak, Nurliana Danishah, 14, dan Muhammad Rizhan Darwish, 8.

**media[3553631]**

Sementara itu, seorang lagi mangsa terkorban dalam insiden sama, Prebet Siti Khadijah Sungip daripada Skuadron Pertama Rejimen Askar Jurutera Diraja dibawa pulang ke kampung halamannya di Johor untuk dikebumikan.

Kedua-dua mangsa maut akibat insiden letupan semasa latihan membaling grenad dalam Latihan Peningkatan Tempur Rejimen Askar Jurutera Diraja Divisyen Kedua Infantri Malaysia di Kem Hobart kira-kira jam 10.57 pagi pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Koperal Norazmi, Prebet Siti Khadijah maut ketika baling grenad