Jenazah Mendiang Joanna Felicia Dijangka Sampai Di Kuching Petang ini

24 Apr 2024 • 12:58 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Permintaan keluarga untuk jenazah Joanna Felicia

Jenazah Mendiang Joanna Felicia Dijangka Sampai Di Kuching Petang ini. Pada hari Selasa, sebuah tragedi mengerikan menimpa Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) apabila dua buah helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak pada pagi ini.

Kejadian nahas ini mengorbankan 10 pegawai termasuk seorang mangsa dari Sarawak, Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna. Dalam pada itu, keluarga Joanna mahu mendiang dibawa pulang ke Serian.

image is not available
Jenazah Mendiang Joanna Felicia Dijangka Sampai Di Kuching Petang ini

Dijangka sampai sekitar 6 petang dan akan dikebumikan di Kampung Engkaroh Tebakang

Susulan itu, menurut sumber, jenazah mendiang Joanna dijangka sampai di Kuching sekitar jam 6 petang.

Jenazah diterbangkan menggunakan pesawat C130 dari Pangkalan Udara Subang ke Pangkalan Udara Kuching. Jenazah mendiang akan dikebumikan di 24 Kampung Engkaroh Tebakang, Serian, Sarawak.

Penerimaan berita kehilangan anggota keluarga

Bapa saudara mangsa, Johny Mayi turut berkata, ibu bapa Joanna menerima berita kematian anak mereka melalui panggilan telefon daripada pihak TLDM di Lumut. Ibu Joanna terkejut dan tidak percaya dengan kejadian yang menimpa anaknya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved