Jenazah Mohd Iqmal selamat dikebumikan

26 Jun 2023 • 7:22 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mohamad antara pemimpin yang hadir memberi penghormatan terakhir.

image is not available
Ibu kepada Allahyarham Mohd Iqmal, Rozana Mustapa, 51, menyiram pusara anaknya yang selamatkan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rawa Ulu pada Isnin.

image is not available
Jenazah Mohd Iqmal selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rawa Ulu pada petang Isnin.

SEREMBAN - Suasana pilu menyelubungi pengebumian jenazah anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terkorban dalam insiden letupan bom lempar ketika sesi latihan di lapang sasar Kem Syed Sirajuddin di Gemas pada Ahad.

Jenazah Laskar Udara I, Mohd Iqmal Masdi, 22, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rawa Ulu, di sini pada jam 6.30 petang Isnin.

Lebih 500 anggota dan pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) termasuk dari Kementerian Pertahanan serta penduduk kampung hadir bagi memberi penghormatan terakhir.

Turut hadir, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan, Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari dan Ahli Dewan Undangan Negeri Lenggeng, Suhaimi Kassim.

Sebelum itu, jenazah disembahyangkan di rumah keluarganya di Kampung Rawa Ulu, Lenggeng.

Bapa Allahyarham, Masdi Md Isa, 57, dengan nada sayu turut meminta maaf kepada pasukan TUDM sekiranya Allahyarham ada melakukan perbuatan yang menyinggung perasaan.

Dalam insiden itu, dua maut membabitkan anggota TUDM yang sedang menjalani Latihan Menembak Senjata Bantuan dan Bom Lempar Penuntut Kursus Peningkatan Pembantu Pertahanan Kelas 1 (KPPP Kls 1) Siri 78/23 yang berlaku di Tapak Latihan Grenade Asas, di lapang sasar Kem Syed Sirajuddin, Gemas semalam

Penuntut yang meninggal dunia di lokasi kejadian Laskar Udara 1, Mohd Iqmal Masdi, 22; manakala jurulatih yang disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Segamat ialah Koperal Udara Mohd Syuib Bidin, 33.

ARTIKEL BERKAITAN: