Jenazah Nadia Kesuma Sudah Dimandikan & Disembahyangkan, Akan Dikebumi Lepas Subuh

LocalFamily & Parenting
19 Jan 2026 • 10:41 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Suami kepada pelakon, Allahyarham Nadia Kesuma, 50, Prof. Dr. Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah, 57, memaklumkan bahawa jenazah isterinya akan dikebumikan selepas subuh waktu Jeddah.

Menerusi hantaran di Facebook, anak perempuan mereka bersama teman Allahyarham telah membantu dalam proses memandikan jenazah.

Jenazah sudah dimandikan oleh anak (Sarah dan rakan arwah) serta telah disembahyangkan. Saya sendiri menunaikan solat jenazah dan menjadi imam.

“Alhamdulillah. Jenazah akan dikebumikan selepas Subuh (waktu Jeddah jam 5.44 pagi, bersamaan 10.44 pagi waktu tempatan),” tulisnya.

Difahamkan, Prof. Dr. Muhammad Kamarul telah berlepas ke Jeddah pada petang semalam bersama anak perempuannya bagi menguruskan jenazah Nadia yang berada di Hospital King Fahad.

Terdahulu, Nadia Kesuma atau nama sebenarnya Nadiah Kasumawati Abdul Karim, yang membintangi filem Syaitan Munafik, dilaporkan meninggal dunia pada Khamis lalu iaitu hari sama beliau dilaporkan hilang di Jeddah.

Nama pelakon ini mula menjadi sebutan apabila dia dilaporkan hilang ketika menyertai pakej lawatan Umrah-London-Paris bersama 20 peserta lain yang dianjurkan oleh Nuh Travel & Tours Sdn Bhd.

Sumber: Berita Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.