Jenazah nahas helikopter Lumut tiba di HRPB untuk bedah siasat

23 Apr 2024 • 7:40 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

IPOH - Jenazah 10 mangsa nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tiba di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini pada kira-kira jam 6 petang tadi.

Kesemua jenazah dibawa dari Pangkalan TLDM di Lumut untuk membolehkan proses bedah siasat dijalankan serentak.

image is not available
Barisan atas (dari kiri) Muhamad Amir, Sivasutan, Mohd Shahrizan, Firdaus dan Wan Rezaudeen. Barisan bawah (dari kiri) Mohammad Amirulfaris, Muhammad Faisol, Joanna, Norfarahimi dan Nor Rahiza. - Gambar ihsan TLDM

Difahamkan kesemua waris berada di pekarangan Jabatan Forensik ini sejak jam 4 petang tadi. Mereka bagaimanapun enggan ditemubual media.

Dalam pada itu, kira-kira 30 pengamal media berkumpul di hadapan Jabatan Forensik bagi mendapatkan perkembangan terkini susulan nahas tersebut.

Tragedi berkenaan mengorbankan 10 mangsa terdiri daripada tujuh kru dan tiga penumpang dalam nahas membabitkan perlanggaran dua helikopter yang terbabit dalam latihan lintas hormat sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 pagi ini.

Dua helikopter yang terdiri dari model HOM dan Fennec itu berlepas dari Padang Sitiawan pada jam 9.03 pagi.

Pesawat HOM dinaiki tujuh kru, manakala tiga lagi berada dalam Fennec.

Berdasarkan video yang tersebar, kedua-duanya dipercayai bertembung ketika hendak membentuk formasi penerbangan raptai lintas hormat yang dirancang berlangsung di ruang udara Pangkalan TLDM Lumut.

Senarai mangsa terkorban:

Pesawat HOM (M503 3) - 4 kru dan 3 penumpang:

Komander Muhammad Firdaus Ramli - Pegawai Memerintah Skuadron 503.

Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin

Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi

Pegawai Waran II TLR Muhammad Faisol Tamadun.

Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy

Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar

Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia anak Rohna

Pesawat Fennec (M502 6) - 3 kru

Komander Muhamad Amir Mohamad - Pegawai Memerintah Skuadron 502.

Leftenan Sivasutan a/l Thanjappan

Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi. - 23 April, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved