Jenazah Nur Farah Kartini Akan Dituntut Hari Ini, Bakal Dikebumi Di Pekan

Entertainment
17 Jul 2024 • 9:57 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Jenazah bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, dijangka bakal dikebumikan di Pekan, Pahang, hari ini.

Abang mangsa, Mohd Fariza Amir Abdullah, 28, yang memaklumkan perkara tersebut berkata jenazah adiknya akan dituntut hari ini selepas semua prosedur selesai.

Bagaimanapun, Mohd Fariza tidak memperincikan bila proses pengebumian akan dilaksanakan dan tanah perkuburan yang ditetapkan.

image is not available

Sehingga kini, beberapa pengamal media berkumpul di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh, seawal jam 7 pagi tadi.

Setakat jam 8.30 pagi, tiada ahli keluarga mahupun rakan Nur Farah dilihat berada di Jabatan Perubatan Forensik hospital tersebut.

Punca kematian Nur Farah Kartini masih belum disahkan

Dalam pada itu, menurut Sinar Harian, punca kematian Nur Farah Kartini masih belum dapat disahkan kerana keadaan mayat mangsa yang telah reput di bahagian dada dan muka.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihak Pakar Patalogi Forensik Hospital Sungai Buloh memerlukan keputusan analisis makmal ke atas beberapa sampel biologi yang diambil pada mayat.

Buat masa ini pakar tidak dapat sahkan sebab kematian kerana mayat sudah reput terutama di bahagian dada serta muka.

“Selepas dapat keputusan analisis makmal, barulah pakar dapat putuskan sebab kematian,” katanya.

image is not available

Beliau berkata, hal ini juga bagi menolak kemungkinan sebab-sebab lain berkait kematian mangsa.

Dalam pada itu, Hussein turut mengesahkan sebuah kereta jenis Toyota milik suspek yang juga kenalan mangsa telah dirampas untuk siasatan lanjut.

Sama-sama kita doakan semoga keadilan dapat ditegakkan buat mangsa.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.