Jenazah Salahuddin Tiba Di Tanjung Piai

24 Jul 2023 • 8:09 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Jenazah Salahuddin Ayub tiba di kediaman ibunya di Tanjung Piai pada jam 3.35 pagi - gambar BERNAMA

KULAI -- Jenazah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub tiba di Terminal Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dekat sini pada kira-kira 2.30 pagi.

Jenazah beliau diiringi isterinya Datin Seri Fatimah Taha serta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat antara individu yang dilihat menyambut ketibaan jenazah Allahyarham. 

Van membawa jenazah Salahuddin kemudian diiringi oleh beberapa kenderaan Polis Diraja Malaysia serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup untuk ke kediaman ibunya Aminah Abdullah, 83, di Kampung Serkat (Kopi Tenggek), Tanjung Piai di Pontian.

Selepas itu, Allahyarham yang merupakan anak jati Tanjung Piai, akan dibawa ke kediaman beliau di Jalan Adil sebelum ke Masjid Jamek Dato’ Haji Noh Gadot di Serkat.

Suasana hiba dapat dirasai dengan kehadiran ahli keluarga dan sahabat handai yang mula berkumpul di rumah ibu Allahyarham sejak 12 tengah malam tadi.

Salahuddin, 61, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada 9.23 malam tadi setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak. -- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved